Indeks Tokyo ditutup 1% lebih tinggi

Indeks Tokyo ditutup 1% lebih tinggi

TOKYO, 17 Nov (AFP) – Indeks Tokyo ditutup satu peratus lebih tinggi berbanding yen yang lebih lemah hari ini, menutup kerugian daripada hari sebelumnya yang dicetuskan oleh serangan Paris dan berikutan pemerolehan kukuh di Wall Street.

Saham Jepun, yang merosot lebih satu peratus semalam, mencatat pemerolehan kukuh tatkala kesan negatif akibat tragedi di Perancis berkurangan.

Dolar diniagakan pada tahap tertinggi berbanding yen sejak Ogos, apabila tarikan mata wang Jepun hilang disebabkan risiko yang bakal timbul.

“Biasanya saham merosot selama beberapa hari selepas serangan pengganas seperti apa yang berlaku di Perancis,” beritahu Soichiro Monji, ketua ahli strategi di Daiwa SB Investments Ltd. memberitahu kepada Bloomberg News.

“Maka saham Jepun merosot semalam. Namun saham AS meningkat, maka pelabur sedang bertindak terhadap peningkatan dan membeli balik sekarang. Satu perasaan lega telah tersebar.”

Nikkei 225 di Bursa Saham Tokyo melonjak 1.22 peratus, atau 236.94 mata, kepada 19,630.63, sementara saham seksyen pertama indeks Topix menambah 0.93 peratus, atau 14.58 mata, kepada 1,586.11.

ARTIKEL YANG SAMA