Independiente benam Boca 2-1

Independiente benam Boca 2-1

QUITO, 8 Julai – Kelab Ekuador, Independiente del Valle mengecewakan kelas besar Argentina, Boca Junior 2-1 dalam pusingan pertama perlawanan separuh akhir mereka dalam Copa Libertadores semalam.

Independiente, bermain dalam perlawanan separuh akhir dalam perlawanan kelab paling berprestij Amerika Selatan buat pertama kali, bangkit setelah ketinggalan satu gol untuk berjuang meraih peluang sampai ke peringkat akhir dalam pusingan balas di Buenos Aires.

Permainan yang sukar itu terganggu kira-kira 10 minit dalam separuh masa pertama selepas lampu limpah mengalami kerosakan.

Boca, dengan pemain antarabangsa Argentina Carlos Teves mengetuai serangan mereka, mendahului dalam minit ke-13 apabila Pablo Perez melakukan tendangan rendah ke kanan bawah sudut kanan.

Tetapi Independiente menyamakan kedudukan dalam minit ke-62 apabila hantaran Christian Nunez mendapati Bryan Cabesas Segura di ruang jauh kawasan penalti. – AFP

Pemain Independiente, Jose Angulo, meraikan jaringan selepas membolosi gawang gol pasukan Boca dalam perlawanan di di stadium Atahualpa semalam di Quito, Ecuador. - AFP
Pemain Independiente, Jose Angulo, meraikan jaringan selepas membolosi gawang gol pasukan Boca dalam perlawanan di di stadium Atahualpa semalam di Quito, Ecuador. – AFP