Indera Motors perkenal Jaguar XE

Indera Motors perkenal Jaguar XE

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Dis – Bermula hari ini hingga 28 Disember, Indera Motors selaku pengedar tunggal kenderaan jenama mewah Jaguar di negara ini, mempamerkan Jaguar XE di Atrium, The Mall, Gadong dari 10 pagi hingga 10 malam.

Sepanjang jerayawara berkenaan, pelanggan boleh mendapatkan harga promosi dengan tiga tahun jaminan dan potongan harga sebanyak 30 peratus bagi barangan Jaguar dan Land Rover.

Tambahan lagi, bagi setiap pembelian kereta Jaguar atau Land Rover, pelanggan akan menerima pakej penginapan tiga hari dua malam di hotel lima bintang sama ada di Kuala Lumpur, Kota Kinabalu atau Singapura.

Jaguar XE kini dilengkapi dengan enjin 2.0L Turbocharged enam silinder yang digabungkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.
Jaguar XE kini dilengkapi dengan enjin 2.0L Turbocharged enam silinder yang digabungkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.
Jaguar XE yang dipamerkan di The Mall, Gadong.
Jaguar XE yang dipamerkan di The Mall, Gadong.

Untuk pelanggan di negara ini, Syarikat Indera Motors Sdn Bhd memasarkan dua model iaitu Jaguar XE Prestige dan Jaguar XE-R, di mana wartawan Media Permata diberi peluang untuk mencuba sendiri kehebatan Jaguar XE-R.

Jaguar XE terbaru ini dikuasakan dengan enjin 2.0L Turbocharged enam silinder yang digabungkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

XE-R mempunyai tiga jenis mod iaitu ECO, Standard dan Dynamic yang mana setiap mod memberi fungsi tersendiri.

Rangka Jaguar XE, 75 peratus dihasilkan daripada aluminium sekali gus menjadikannya kereta paling ringan pernah dibina dan bentuk badannya diubah suai menjadikan lebih sportif dan bergaya.

ARTIKEL YANG SAMA