Indera Motors perkenal promosi terbaru

Indera Motors perkenal promosi terbaru

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Ogos – Indera Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan mewah jenama Jaguar dan Land Rover di Brunei Darussalam memperkenalkan promosi terbarunya ‘Unlocking The 5 Wonders’ yang akan dilancarkan esok.

Dalam kenyataan yang dikeluarkannya, hari ini, Indera Motors menjelaskan, kempen jualan ini bermatlamat untuk mengekalkan kehadiran jenama berkenaan di Brunei, pada masa yang sama memberikan peluang kepada para pelanggan untuk menilai dan mempertimbangkan model-model yang dipasarkan oleh mereka.

Bermula esok hingga 30 September, setiap pembelian mana-mana model daripada barisan Jaguar dan Land Rover akan melayakkan pelanggan menerima baucar percuma selama 50 hari, di samping berpeluang menyertai Cabutan Utama ‘5 Wonders’ yang dijadualkan pada awal Oktober 2016.

Menurut kenyataan itu lagi, kempen selama dua bulan ini memberikan tawaran yang sangat menarik kepada para pelanggannya. Di samping kempen ‘5 Wonders’, Jaguar dan Land Rover juga menawarkan jaminan lima tahun, servis percuma selama lima tahun dan lima tahun bantuan tepi jalan secara percuma.

Pengurus Eksekutif Kanan Indera Motors Sdn Bhd, Dayang Normala binti Othman, dipetik sebagai berkata, “Kami mahu pelanggan kami berasa istimewa apabila mereka membeli kereta-kereta kami.

“Kami ingin meyakinkan pelanggan kami bahawa memiliki kenderaan Jaguar atau Land Rover akan memanfaatkan mereka dalam jangka masa panjang, oleh itu, kempen 5 Wonders ini akan memberi mereka keyakinan terhadap jenama berkenaan,” tambahnya.

Cabutan Utama 5 Wonders menawarkan hadiah-hadiah berupa wang tunai $5,000, penginapan lima malam di hotel lima bintang di Kuala Lumpur, penginapan lima malam di hotel lima bintang di Kota Kinabalu, lima bulan baucar petrol percuma dan aksesori-aksesori Jaguar dan Land Rover bernilai $500 serta baucar-baucar barang dagangan.

Antara model-model yang sedang dipasarkan oleh Indera Motors termasuk Jaguar XE iaitu jenis sedan peringkat kemasukan 2.0L yang didatangkan dengan model-model Prestige dan R-Sport; Jaguar XF iaitu sedan eksekutif 2.0L dengan model-model Prestige dan R-Sport; kereta premium Jaguar XJ 2.0L; Jaguar F-Pace iaitu SUV pertama Jaguar yang baru sahaja dilancarkan, yang didatangkan dalam dua varian iaitu R-Sport dan S; serta Jaguar F-Type Convertible dan F-Type Coupe yang terkenal.

Daripada Land Rover pula termasuk Range Rover Evoque dengan dua varian iaitu Pure dan Dynamic, Range Rover Sports, Discovery Sports S, SE dan HSE serta 3L Range Rover yang eksklusif.

Orang ramai yang melihat lebih dekat model-model yang ditawarkan bolehlah datang ke Bilik Pameran Jaguar Land Rover di Kawasan Perindustrian Lambak Kanan, Berakas, yang dibuka setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, Jumaat dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 2:30 petang hingga 5 petang, serta Sabtu dari pukul 8 pagi hingga 4 petang. Perjanjian khas juga boleh dibuat untuk melihat kereta-kereta berkenaan pada hari Ahad.