Indera Motors tawar harga menarik sempena Aidilfitri

Indera Motors tawar harga menarik sempena Aidilfitri

Oleh Abdul Rahim Haji Ismail

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Mei – Pengedar tunggal kenderaan Jaguar dan Land Rover di Negara Brunei Darussalam, Indera Motors Sdn Bhd menawarkan promosi menarik pembelian kereta Jaguar sempena Hari Raya Aidilfitri, yang bermula 1 Mei lalu hingga 31 Julai 2016.

Dalam kenyataannya hari ini, Indera Motors Sdn Bhd berkata, sepanjang tiga bulan tempoh promosi itu, pihak mereka menawarkan harga menarik bagi model Jaguar XE, Jaguar XF, Jaguar XJ dan juga Jaguar F-Type.

Tempoh promosi itu juga menawarkan promosi menarik untuk jenama Land Rover seperti model Land Rover Discovery, Land Rover Discovery Sport, Range Rover, Range Rover Sport dan Range Rover Evoque.

Menurut kenyataan itu lagi, sebagai tambahan kepada tawaran menarik itu, pelanggan yang membuat pembelian untuk model Jaguar atau Land Rover terpilih, akan berpeluang mendapat pakej servis percuma sehingga lima tahun, di samping tempoh jaminan dan khidmat bantuan kerosakan juga percuma selama lima tahun.

Di samping itu, pelanggan yang mengesahkan pembelian kenderaan Jaguar atau Land Rover juga berpeluang memenangi baucar pembelian bernilai sehingga $500.

Bagi model terpilih, para pelanggan boleh memilih untuk membeli kenderaan idaman mereka pada harga istimewa atau memilih untuk menikmati bayaran ansuran percuma selama enam bulan.

“Semua tawaran yang menarik ini akan berkuat kuasa sepanjang tempoh tiga bulan tarikh promosi sehingga 31 Julai 2016 setelah kejayaan kami menganjurkan Acara Hujung Minggu Eksklusif pada April lalu,” kata Pengurus eksekutif Kanan, Indera Motors Sdn Bhd, Dayang Noormala binti Othman.

“Kami merancang promosi kali ini untuk dimulakan sebelum bulan Ramadan bagi memberi cukup masa dan peluang bagi para pelanggan membuat pilihan kereta idaman mereka dan meraih kesempatan atas promosi dan tawaran menarik sebelum menjelangnya Hari Raya Aidilfitri nanti,” kata beliau lagi.

Antara model terpilih yang ditawarkan dengan harga menarik termasuk model Jaguar XE, iaitu sebuah model kereta yang sesuai untuk semua cita rasa yang didatangkan dengan kuasa enjin 2.0 liter yang dipacu oleh enjin empat silinder dan model generasi baru yang dicipta menggunakan reka bentuk aluminium sepenuhnya.

Peminat model itu boleh memilih warna kegemaran yang antaranya Ammonite Grey, Italian Racing Red, Glacier White, Santorini Black dan Dark Sapphire.

Manakala itu, bagi mereka yang gemarkan kenderaan SUV, siri kenderaan Land Rover menawarkan harga menarik sepanjang tempoh promosi itu bersama peralatan dan kelengkapan yang dimuatkan termasuk sistem hiburan menggunakan skrin sentuh, gandar belakang generasi baru integral multi-link serta rangka aluminium yang diperkukuh dengan keluli berkuasa tinggi.

Promosi menarik itu juga boleh diakses dengan melayari laman sesawang, Instagram dan Facebook atau berkunjung sendiri ke balai pameran Jaguar dan Land Rover di Kawasan Perindustrian Lambak Kanan, Berakas.

ARTIKEL YANG SAMA