India arahkan universiti kibarkan bendera besar

India arahkan universiti kibarkan bendera besar

NEW DELHI, 19 Feb (Reuters) – Kerajaan nasionalis Hindu India semalam mengarahkan universiti-universiti utama supaya dengan ketara mengibarkan bendera negara pada ketika apabila ia berusaha mengawal bantahan pelajar terbesar di seluruh negara dalam tempoh suku dekad, menurut para pegawai.

Kesemua 46 universiti yang dibiayai secara pusat telah bersetuju mengibarkan bendera selepas rundingan yang dipengerusikan oleh Menteri Pendidikan Smriti Irani, menurut kerajaan dalam satu kenyataan.

Universiti-universiti telah diminta membina tiang bendera setinggi 207 kaki – kira-kira ketinggian sama dengan patung Statue Liberty untuk mengibarkan bendera tiga warna negara, menurut para pegawai kementerian pendidikan India.

Arahan itu menyusuli tunjuk perasaan berang di seluruh kampus universiti minggu ini selepas seorang pelajar diberkas kerana menghasut. Para pembantah menuduh kerajaan cuba mengongkong hak bersuara bebas.

Kanhaiya Kumar, ketua kesatuan pelajar di Universiti Jawaharlal Nehru, Delhi diberkas selepas menghadiri perhimpunan untuk memperingati ulang tahun penghukuman mati pemisah Kashmir minggu lalu.

Penunjuk perasaan mengibarkan bendera India semasa protes untuk menuntut pembebasan Kanhaiya Kumar, seorang pemimpin Universiti (JNU), kesatuan pelajar yang dituduh dalam hasutan, di New Delhi, India. – Reuters
Penunjuk perasaan mengibarkan bendera India semasa protes untuk menuntut pembebasan Kanhaiya Kumar, seorang pemimpin Universiti (JNU), kesatuan pelajar yang dituduh dalam hasutan, di New Delhi, India. – Reuters

Penahanan pelajar itu di bawah undang-undang era jajahan, yang pernah digunakan oleh pemerintah Britain untuk memenjarakan wira-wira nasionalis seperti Mahatma Gandhi telah mendedahkan perbezaan mendalam ideologi tentang kebebasan bersuara di India. Polis dan kerajaan berkata pemenjaraan pelajar itu adakah betul kerana kelakuannya adalah anti India.

Tetapi penangkapannya itu telah menjadi peristiwa menggemparkan dikalangan parti-parti pembangkang yang mengatakan India semakin tidak bertoleransi di bawah Perdana Menteri Narendra Modi yang dilantik pada tahun 2014. Bantahan pelajar terbesar telah diadakan di Universiti Jawaharlal Nehru, sebuah yang akan mengibarkan bendera baru kerana ia dibiayai secara pusat.

“Ini adalah perang psikologi,” kata N Bhaskara Rao, pengerusi Pusat Pengajian Media di New Delhi, “Kerajaan telah membuat keputusan bahawa para pelajar tidak cukup patriotik dan mereka akan melakukan sesuatu tentangnya.”

ARTIKEL YANG SAMA