India, AS bakal capai perkongsian ketenteraan

India, AS bakal capai perkongsian ketenteraan

NEW DELHI/WASHINGTON, 29 Feb (Reuters) – India dan Amerika Syarikat akan mencapai perjanjian untuk berkongsi logistik tentera selepas rundingan selama 12 tahun, kata pegawai, satu petanda pengukuhan hubungan pertahanan di antara negara tatkala China menjadi semakin pendesak.

Amerika Syarikat telah muncul sebagai sumber senjata utama India selepas bertahun-tahun dikuasai oleh Rusia, dan mengadakan lebih banyak latihan bersama berbanding mana-mana negara lain.

Ia sedang mengadakan rundingan dengan New Delhi untuk membantu membina kapal induk pesawat udara terbesar dalam kerjasama tentera terbesar setakat ini, satu tindakan yang akan merangsang kekuatan tentera laut India tatkala China mengembang pengaruhnya di Lautan India.

Selepas berlengah-lengah bertahun-tahun lamanya oleh kerajaan sebelumnya disebabkan kebimbangan perjanjian logistik akan menarik India dalam komitmen terikat untuk menyokong Amerika Syarikat dalam peperangan, pentadbiran Perdana Menteri Narendra Modi telah mengisyaratkan satu hasrat untuk meneruskan dengan Perjanjian Sokongan Logistik (LSA).

Ia akan membenarkan kedua-dua tentera menggunakan pangkalan darat, udara dan laut masing-masing untuk bekalan semula, kerja-kerja membaiki dan rehat, kata pegawai.

Gambar yang diambil pada 19 Oktober 2009 menunjukkan sebuah pesawat Tentera Udara India, AN-32 (IAF), terbang di atas pesawat Tentera Udara AS, C-130H, semasa ‘Cope-India-09’, iaitu latihan bersama antara IAF dan Tentera Udara AS di utara bandar Agra, India. – Reuters
Gambar yang diambil pada 19 Oktober 2009 menunjukkan sebuah pesawat Tentera Udara India, AN-32 (IAF), terbang di atas pesawat Tentera Udara AS, C-130H, semasa ‘Cope-India-09’, iaitu latihan bersama antara IAF dan Tentera Udara AS di utara bandar Agra, India. – Reuters

Laksamana Harry Harris, ketua Pusat Ketumbukan Pasifik Tentera Laut AS berkata kedua-dua pihak sedang mengusahakan LSA, satu lagi perjanjian yang bergelar CISMOA untuk menjamin komunikasi apabila tentera beroperasi bersama, dan yang ketiga mengenai pertukaran data topografi, nautika dan penerbangan.

“Kami belum sampai ke tahap memeterai perjanjian dengan India, tetapi saya fikir kami hampir-hampir melakukannya,” beritahu Harris, yang dijangka tiba di India pada minggu ini, kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Dewan AS pada Rabu.

Kemajuan itu dicatat tatkala jawatankuasa menimbang mengadakan rondaan laut bersama yang dikatakan oleh pegawai AS mungkin termasuk Laut China Selatan, di mana China terbabit dalam pertengkaran wilayah dengan Vietnam, Filipina dan Taiwan.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pihak berkata belum adanya rancangan untuk rondaan sedemikian, yang menerima kecaman dari Beijing.

ARTIKEL YANG SAMA