India, AS setuju kongsi maklumat pengganas

India, AS setuju kongsi maklumat pengganas

NEW DELHI, 3 Jun – India dan Amerika Syarikat (AS) telah bersetuju untuk berkongsi maklumat berkaitan pengganasan, menurut media tempatan hari ini.

Para pegawai Amerika Syarikat dan Kementerian Dalam Negeri India telah menandatangani persetujuan itu kelmarin untuk bekerjasama dalam pangkalan data keganasan global yang diselenggarakan oleh Pusat Penyaringan Pengganas (TSC) di AS, menurut laporan media. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA