India bakal lancar telefon pintar paling murah

India bakal lancar telefon pintar paling murah

NEW DELHI, India, 18 Feb (NNN) – Sebuah syarikat India yang kurang dikenali akan melancarkan telefon pintar yang paling murah di dunia, menyasarkan pasaran yang sudah dikuasai oleh telefon bimbit kos rendah.

Ia akan dijual pada harga di bawah 500 rupee (AS$7.30), pembuat telefon bimbit domestik ‘Ringing Bells’ Freedom 251’ itu dianggarkan satu peratus daripada harga Apple iPhone yang terbaru.

‘Ringing Bells’ telah ditubuhkan pada September 2015 dan mula menjual telefon bimbit melalui laman web beberapa minggu lalu di bawah jenama Bell, kata seorang jurucakap.

“Ini adalah model utama kami dan kami fikir ia akan membawa revolusi dalam industri,” katanya.

Ringing Bells kini mengimport alat ganti dari luar negara dan memasangnya di India tetapi merancang untuk membuat telefon di dalam negara dalam tempoh setahun, kata jurucakap itu.

Telefon bimbit pintar yang murah, kebanyakkannya diperbuat dari China, dan ia mudah didapati di pasaran India tetapi pesaing domestic cuba menembusi, dengan menjual model-model telefon pintar kurang daripada AS$20.

India merupakan pasaran mudah alih kedua terbesar di dunia dan bertakuk sehingga berbilion pelanggan telefon bimbit pada bulan Oktober, menurut pengawal selia telekom negara.

ARTIKEL YANG SAMA