India, Bangladesh tandatangani perjanjian sempadan

India, Bangladesh tandatangani perjanjian sempadan

DHAKA, 8 Jun (Reuters) – India dan Bangladesh telah menandatangani perjanjian Sabtu lalu dalam memudahkan sempadan 4,000 kilometer dan menmudahkan 52,000 warga yang hidup berkelompok setelah lebih empat dekad negara jiran tersebut cuba untuk menguraikan hak wilayah pada 1713.

Dalam persetujuan yang ditandatangani di Dhaka dalam kehadiran Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, kedua-dua negara akan bertukar 200 kelompok kecil di sekeliling sempadan.

Satu rentetan perjanjian perdagangan dan pelaburan disertai perjanjian tanah, dengan pelaburan 4.5 bilion dalam kuasa dan 2 bilion serta kemudahan kredit 2 bilion untuk Bangladesh diumumkan.

Ditubuhkan dengan perjanjian bersama dua bekas negeri bangsawan, 100 kelompok India di Bangladesh dan 92 kelompok Bangladesh di India merupakan pulau-pulau di wilayah asing di setiap negara.

Perdana Menteri India (kiri) mempersetujui perjanjian sempadan bersama Perdana Menteri Bangladesh (kanan). – Reuters
Perdana Menteri India (kiri) mempersetujui perjanjian sempadan bersama Perdana Menteri Bangladesh (kanan). – Reuters

Menurut perjanjian tersebut lagi, setiap negara akan mengambil kebanyakan kelompok di kawasan sendiri dan para penduduk akan mendapat hak sama ada untuk kekal di sana atau berpindah ke sebelah sempadan.

“Kami menunjukkan penyatuan politik dan muhibah dalam menandatangani perjanjian ini,” Modi, yang tiba di Bangladesh dalam rangka lawatan dua hari, memberitahu di sidang akhbar bersama.

Hasina berkata: “Saya menyanjung kesemua rakyat India dalam menyokong rang undang-undang ini di parlimen.”

Kedua-dua perdana menteri juga bersetuju, bersama-sama dengan ketua menteri Barat Bengal, juga mempersetujui kemudahan bas di sepanjang sempadan.

ARTIKEL YANG SAMA