India batal pasport taikun berhubung siasatan pinjaman

India batal pasport taikun berhubung siasatan pinjaman

NEW DELHI, 24 April – Kerajaan India telah membatalkan pasport bekas ketua syarikat penerbangan Vijay Mallya (gambar fail), selepas beliau gagal hadir di depan penyiasat berhubung satu siasatan pinjaman, kata kementerian luar hari ini.

Mallya, sebahagian daripada pemilik kumpulan Formula 1 Force India yang pernah mengendalikan empayar minuman keras dan Kingfisher Airlines, meninggalkan India pada 2 Mac meskipun gesaan meminta beliau ditahan dan dipercayai berada di Britain.

Pasport diplomatik lelaki berusia 60 tahun itu, pernah digelar ‘Raja Era Baik’, telah digantung pada awal bulan ini selepas beliau gagal hadir di depan agensi jenayah kewangan India berhubung dengan kes pinjaman.

Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Vikas Swarup berkata keputusan untuk menarik balik pasport diambil selepas jawapan Mallya yang tidak memuaskan kepada tiga notis yang dikeluarkan oleh agensi Pengarah Penguatkuasaan (ED).

“Setelah menimbang jawapan oleh Vijay Malya, MEA membatalkan pasportnya di bawah Akta Pasport,” kata Swarup.

p14-2_20160425

ED sedang mengkaji kewangan Kingfisher Airlines, yang menamatkan operasi pada 2012 meninggalkan berjuta-juta dolar dalam bil tidak berbayar, termasuk gaji pekerja.

Sebuah mahkamah India pada minggu lalu mengeluarkan satu waran tangkapan untuk Mallya selepas beliau gagal hadir untuk soal-siasat di ED, yang berusaha mendapatkan ekstradisinya dari Britain. – AFP