India batal tegahan festival larian lembu

India batal tegahan festival larian lembu

CHENNAI, India (AFP) – India telah menarik balik tegahan ke atas festival larian lembu jantan popular tetapi berkontroversi, yang mengundang kemarahan aktivis hak asasi binatang yang mengatakan ia adalah kejam dan mendera.

Perintah kerajaan mengatakan acara itu, yang diadakan setiap Januari untuk menandakan tuaian musim sejuk di negeri selatan Tamil Nadu, akan dibenarkan untuk diadakan tahun ini selepas dibatalkan pada tahun 2015.

“Lembu jantan boleh terus dipamerkan atau dilatih sebagai binatang yang membuat persembahan pada acara seperti Jallikattu di Tamil Nadu,” kata perintah itu yang disiarkan oleh kementerian persekitaran semalam, dengan menggunakan nama tempatannya bagi acara itu.

Dalam festival Jallikattu yang berusia beberapa dekad itu, yang bererti ‘menjinakkan lembu jantan’, lembu jantan dilepaskan dan lelaki-lelaki muda bersaing untuk menangkap lembut itu.

Acara itu dibatalkan tahun lalu buat pertama kali selepas kerajaan sebelumnya mengenakan tegahan dengan alasan kekejaman.

Tidak seperti acara tradisional di Sepanyol, matlamat bukan bertujuan membunuh lembu itu.

ARTIKEL YANG SAMA