India buka laluan juruterbang jet pejuang wanita

India buka laluan juruterbang jet pejuang wanita

NEW DELHI, 9 Okt (AFP) – India sedang membuka laluan bagi pilot wanita untuk menerbangkan jet pejuang dalam pertempuran, menurut ketua pasukan udara, ketika salah sebuah pasukan tentera terbesar di dunia melepaskan keengganannya bagi memberikan tanggungjawab lebih besar kepada wanita.

Beberapa buah negara, dari Amerika Syarikat hingga ke Israel, malah negara jiran dan pesaing ketat Pakistan, mempunyai wanita yang menerbangkan pesawat pejuang, namun tentera India mengetepikan mereka daripada menggalas peranan tersebut, serta kapal perang dan pertempuran lapangan.

Beberapa tahun kebelakangan, bagaimanapun mahkamah India telah menekan pihak tentera untuk meluaskan peluang bagi wanita, dengan memberi mereka tugas tetap, contohnya, daripada sebaliknya dengan mengehadkan mereka kepada tempoh sehingga lima tahun.

ARTIKEL YANG SAMA