India haramkan akhbar Kashmir

India haramkan akhbar Kashmir

NEW DELHI, 5 Oct – Pihak berkuasa Kashmir ditadbir India kelmarin mengharamkan akhbar tempatan, yang didakwa menghasut keganasan di rantau Himalaya yang kini dilanda konflik sejak beberapa bulan lalu.

Pengarang Kashmir Reader, akhbar harian berbahasa Inggeris, berkata, polis datang ke pejabatnya membawa arahan supaya menghentikan penerbitan akhbar itu.

“Tiada sebarang notis atau wakil daripada pihak kerajaan,” kata Hilal Mir kepada AFP. “Jika ada masalah dengan kandungan akhbar, mereka sepatutnya meminta penjelasan daripada kami.”

Menurut Kashmir Reader, arahan itu menuduh akhbar ‘menyiarkan bahan yang mendorong keganasan dan mengganggu ketenteraman awam.”

Wartawan Kashmir memegang sepanduk semasa bantahan di Srinagar, India yang dikawal Kashmir, kelmarin. - AP
Wartawan Kashmir memegang sepanduk semasa bantahan di Srinagar, India yang dikawal Kashmir, kelmarin. – AP

Kumpulan berhaluan kanan mengkritik arahan itu yang dibuat beberapa minggu selepas pihak berkuasa tempatan mengharamkan penerbitan semua akhbar dan menghentikan perkhidmatan internet untuk seketika.

“Kerajaan bertanggungjawab menghormati kebebasan akhbar dan hak rakyat untuk mendapat maklumat. Ia tidak wajar ditutup hanya kerana mengkritik kerajaan,” kata Amnesty International dalam satu kenyataan.

Sekumpulan wartawan berarak membantah arahan itu di Srinagar pada Isnin, yang disifatkan melanggar kebebasan akhbar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA