India kurangkan ramalan hujan monsun

India kurangkan ramalan hujan monsun

NEW DELHI, 2 Jun (Reuters) – India mengurangkan ramalan hujan monsun tahun ini kepada 88 peratus purata jangka panjang, Menteri Sains Bumi Harsh Vardhan berkata hari ini, yang menimbulkan kebimbangan kemarau di sebuah negara yang mana hampir separuh tanah ladang kekurangan kemudahan pengairan.

Dalam bulan April, India telah meramalkan hujan monsun pada purata 93 peratus. Turunan hujan kurang 90 peratus dianggap tahun kemarau. Bagaimanapun ramalan terbaru mempunyai margin kesilapan 4 peratus mata.

“Marilah berdoa kepada Tuhan semoga ramalan yang disemak semula ini tidak menjadi kenyataan,” kata Vardhan. Kerajaan melahirkan kebimbangan tentang monsun kurang dari biasa selepas bank pusat pada hari ini mengambil kesempatan dari inflasi sugul, mengurangkan kadar faedah buat kali ketiga tahun ini.

“Harga komoditi penting telah pun mula naik dan ia akan naik lagi jika monsun menjadi kurang seperti yang diramalkan oleh kerajaan,” kata Harish Galipelli, ketua komoditi dan matawang di Inditrade Derivatives and Commodities.

ARTIKEL YANG SAMA