India laksana kempen ganjil-genap di jalan raya

India laksana kempen ganjil-genap di jalan raya

NEW DELHI, 1 Jan (AFP) – Lebih satu juta kereta persendirian diharamkan daripada jalan raya New Delhi pada hari ini, tatkala pihak berkuasa memulakan percubaan langkah drastik baru untuk mengurangkan asbut di ibu negara paling dicemari di dunia.

Mulai 1 Januari, hanya kereta dengan plat nombor ganjil akan dibenarkan menggunakan jalan raya pada tarikh ganjil dan mereka dengan plat nombor genap pada hari lain, kecuali pada Ahad apabila peraturan itu tidak digunakan.

Sekatan berkenaan akan dikuatkuasakan sehingga 15 Januari sebagai sebahagian daripada kempen lebih luas bertujuan mengurangkan tahap pencemaran yang juga termasuk menutup beberapa kilang tenaga yang menggunakan arang batu dan memvakum jalan raya untuk mengurangkan debu.

Kakitangan pertahanan awam India berdiri di persimpangan lalu lintas di New Delhi pada 1 Januari. India telah memulakan langkah drastik baru untuk mengurangkan asbut di ibu negara dengan menjalankan kempen plat nombor ganjil-genap. – AFP
Kakitangan pertahanan awam India berdiri di persimpangan lalu lintas di New Delhi pada 1 Januari. India telah memulakan langkah drastik baru untuk mengurangkan asbut di ibu negara dengan menjalankan kempen plat nombor ganjil-genap. – AFP

Pada awal hari ini tatkala penduduk membanjiri jalan raya, anggota sukarelawan dan polis lalu lintas dilihat bertebar di pusat bandar.

Di salah satu jalan utama bandar, kebanyakan kereta mula masuk beransur-ansur dalam plat nombor ganjil sementara berpuluh penunggang basikal memakai pakaian warna pendarfluor, muka mereka ditutup.

“Lalu lintas pastinya nampak kurang hari ini berbanding kebanyakan hari lain. Namun saya tidak tahu sama ada ia disebabkan peraturan ganjil-genap atau disebabkan orang berparti pada malam semalam,” beritahu Mohammad Shahid, seorang anggota sukarelawan berusia 58 tahun, kepada AFP ketika berdiri di salah satu persimpangan paling sibuk di Delhi.

ARTIKEL YANG SAMA