India lancar ...

India lancar lebih 100 satelit ke orbit

NEW DELHI, 15 Feb – Agensi angkasa lepas India berkata ia berjaya melancarkan lebih daripada 100 satelit nano asing ke orbit hari ini dengan menaiki roket.

Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India berkata satelit nano – yang mempunyai berat kurang daripada 10 kilogram – dihantar ke orbit dengan menaiki kenderaan pelancaran satelit kutub di selatan India.

Agensi berkata pelancaran 104 satelit merupakan satu rekod, memintas kejayaan Rusia yang menghantar 37 satelit dalam satu pelancaran pada 2014.

Satelit nano adalah milik beberapa syarikat di Amerika Syarikat, Amiriah Arab Bersatu, Israel, Belanda dan Kazakhstan, menurut ISRO.

“Kesemua 104 satelit berjaya ditempatkan di orbit,” agensi berita Press Trust of India memetik Pengerusi ISRO A.S. Kiran Kumar sebagai berkata. Mereka termasuk satu satelit pengawasan bumi India.

Orang ramai ketika menyaksikan  pelancaran ISRO di Sriharikota kelmarin. – AP
Orang ramai ketika menyaksikan pelancaran ISRO di Sriharikota kelmarin. – AP

Perdana Menteri Narendra Modi menulis di Twitter bahawa “kejayaan luar biasa oleh ISRO menjadi satu lagi saat-saat yang membanggakan untuk komuniti saintifik angkasa lepas dan negara.”

India telah berusaha untuk menjadi pelabur dalam pasaran pelancaran angkasa lpas, dan berjaya menempatkan satelit ringan ke orbit dalam beberapa tahun ini. Ia berharap dapat menghantar angkasawan ke angkasa lepas.

Pada September 2014, India berjaya memimpin sebuah kapal angkasa lepas ke orbit di Marikh. Hanya Amerika Syarikat, bekas Kesatuan Soviet dan Agensi Angkasa Lepas Eropah yang telah melakukannya sebelum ini. – AP

ARTIKEL YANG SAMA