India lancar pembinaan landasan terpanjang

India lancar pembinaan landasan terpanjang

NEW DELHI, 31 Julai – India telah melancarkan pembinaan landasannya yang terpanjang sepanjang 111 km di negeri timur laut, Manipur.

Menteri Landasan India Suresh Prabhu semalam meletakkan batu asas bagi terowong nombor 12 di landasan kereta api Jiribam-Tupul-Imphal yang mempunyai sejumlah 37 terowong.

“Sambungan adalah pemacu utama pembangunan dan Kementerian Landasan akan menggunakan semua sumber yang ada bagi mencepatkan pembangunan sambungan landasan di rantau itu,” katanya.

“Landasan kereta api ini bukan saja menghubungkan Imphal dengan negeri lain, tetapi juga membukakan pemandangan baru pembangunan ekonomi di rantau itu.”

Projek landasan Jiribam-Tupul sepanjang 111 km ini dibayangkan pada tahun 2008 dan kemudian diisytiharkan projek negara. Selain dari terowong terpanjang di Landasan India, ia juga mempunyai jambatan tertinggi di dunia yang sedang dibina di atas Sungai Iring dengan ketinggian 141 meter. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA