India lancar sasaran tenaga boleh diperbaharui

India lancar sasaran tenaga boleh diperbaharui

NEW DELHI, 2 Okt (AFP) – India hari ini melancarkan sasaran tenaga baru yang boleh diperbaharui bagi membantu mengurangkan tahap pelepasan gas rumah hijau yang tinggi, dalam satu pelan yang dikemukakan kepada PBB menjelang persidangan di Paris akhir tahun ini.

India sebagai pengeluar gas rumah hijau ketiga terbesar di dunia merancang untuk mengemukan pelan iklimnya menjelang persidangan COP21 pada 30 November di Paris untuk menutup perjanjian meluas global di dalam mengurangkan pelepasan pemanasan bumi.

Dalam perjanjian yang bertujuan sebagai penetapan sumbangan nasional atau INDCs, India komited untuk memotong “intensiti karbon” sehingga 35 peratus daripada paras 2005 pada tahun 2030, dokumen yang disiarkan di laman web PBB awal Jumaat berkata.

Intensiti karbon merujuk kepada nisbah pengeluaran sesebuah negara kepada pengeluaran ekonominya.

India juga komited untuk menjana 40 peratus daripada tenaga elektrik daripada sumber hijau menjelang akhir 2030 “dengan bantuan pemindahan teknologi dan kos rendah kewangan antarabangsa”.

Gambar diambil pada 20 Mac lalu menunjukkan peningkatan kepulan asap dari Stesen Kuasa Badarpur Thermal di India, negara pelepasan karbon ketiga terbesar di dunia. – AFP
Gambar diambil pada 20 Mac lalu menunjukkan peningkatan kepulan asap dari Stesen Kuasa Badarpur Thermal di India, negara pelepasan karbon ketiga terbesar di dunia. – AFP

Walau bagaimanapun, ia menolak untuk mengurangkan pelepasan utama seperti China, yang berikrar pada Jun untuk mengurangkan intensiti karbon sebanyak 60 hingga 65 peratus dalam masa lebih 15 tahun.

Menteri Alam Sekitar Prakash Javadekar dijadualkan membuat pengumuman rasmi mengenai perjanjian iklim lewat hari ini.

Matlamat baru akan membawa India untuk pembaharui tenaga pada 2030 kepada lebih daripada dua kali ganda iaitu 175,000 megawatt kini disasarkan untuk mengurangkan sekatan elektrik dan membawa tenaga kepada lebih daripada 300 juta penduduk India yang masa ini hidup tanpa bekalan elektrik.

Greenpeace India yang menyambut baik komitmen tersebut, berkata pembaharuan itu ‘akan mengubah matrik tenaga di India’, sambil mengatakan pembaharuan itu membentuk kurang daripada 12 peratus bekalan tenaga semasa. Tetapi kumpulan kempen itu juga melahirkan kebimbangan terhadap penekanan kepada arang batu di INDCs India.