India memerlukan lebih 70,000 hakim

India memerlukan lebih 70,000 hakim

NEW DELHI, 9 Mei (Xinhua) – Menyatakan kebimbangan serius mengenai nisbah hakim-penduduk yang teruk di negara, ketua hakim India berkata India memerlukan lebih daripada 70,000 hakim untuk menyelesaikan kes guaman yang masih belum selesai.

“Sementara Suruhanjaya Undang-Undang India pada 1987 mencadangkan mempunyai 44,000 hakim untuk mengatasi jumlah kes yang masih belum selesai, negara hari ini hanya mempunyai 18,000 hakim,” kata Ketua Hakim T.S.Thakur pada satu majlis perundangan di bandar Cuttack di timur negeri Odisha semalam.

“Tiga puluh tahun berikutnya, kami terus bekerja dengan tenaga yang kurang. Jika anda menggunakan jumlah orang yang telahpun ditambah kepada penduduk, kamu mungkin memerlukan lebih daripada 70,000 hakim untuk menyelesaikan kes yang masih belum selesai,” tambah beliau.

Menekankan kemudahan mendapatkan keadilan adalah satu hak asas, ketua hakim berkata: “Kekurangan hakim adalah salah satu cabaran yang menghadapi badan kehakiman sekarang. Kerajaan tidak boleh tidak memberikan rakyat hak asas mereka.”

Pada hakikatnya, ia bukan kali pertama ketua hakim telah mengemukakan isu kekurangan tenaga hakim di negara itu dan merayu kerajaan untuk pelantikan lebih ramai hakim untuk menyelesaikan kes perundangan yang belum selesai bertahun-tahun lamanya.

Pada satu majlis di ibu negara pada bulan lalu, di mana Perdana Menteri India Narendra Modi juga hadir, beliau menangis ketika bercakap mengenai kekurangan hakim di negara, berkata badan kehakiman masih menghadapi kesulitan memandangkan 38 lakh (hampir 4 juta) kes masih belum diselesaikan.

ARTIKEL YANG SAMA