India menggesa ‘keadilan iklim’ pada rundingan Paris

India menggesa ‘keadilan iklim’ pada rundingan Paris

NEW DELHI, 23 Nov (AFP) – India akan menggesa negara kaya supaya melaksana “keadilan iklim” untuk negara membangun pada satu persidangan alam sekitar utama di Paris pada akhir bulan ini, kata menteri alam sekitar dalam satu temu bual dengan AFP.

Prakash Javadekar meminta negara perindustrian supaya memenuhi lebih banyak sasaran yang ketat untuk membebaskan “ruang karbon” untuk dunia membangun menghasilkan pengeluaran sebagai produk sampingan yang perlu untuk pertumbuhan.

Persidangan PBB COP21 yang bermula pada 30 November akan mengumpul bersama 190 wakil negara untuk mencapai satu perjanjian global mengenai pengawalan pengeluaran pemanasan Bumi.

“Kami mahu keadilan iklim untuk berbilion-bilion penduduk miskin di dunia ini,” beritahu menteri alam sekitar kepada AFP di New Delhi, menambah bebanan untuk mengawal pengeluaran harus terletak pada negara maju.

“India dan dunia membangun telah memikul tanggungjawab mereka dan dunia maju telah memikul tanggungjawab yang kurang, jauh lebih kurang daripada kapasiti mereka,” kata Javadekar.

India akan meluluskan dasar “pencemar bayar” di Paris, tambah beliau, satu prinsip di mana negara pencemar menanggung kos kerosakan alam sekitar.

Pada bulan lalu India, negara pengeluar karbon ketiga terbesar di dunia, berikrar akan mengurangkan kekuatan karbon – jumlah pencemaran KDNK setiap dolar – sebanyak 35 peratus pada tahun 2030.

Namun tidak seperti dua pengeluar utama Amerika Syarikat dan China, India telah menunjukkan keberatan untuk memenuhi sasaran pengeluaran karbon utama, dan berikrar akan menambah dua kali ganda pengeluaran arang batu pada tahun 2020.

Ia berkata sasaran pengeluaran yang lebih ketat akan menjejas usaha untuk menambah taraf hidup lebih satu perempat daripada 1.2 bilion penduduk yang hidup dalam kemiskinan.

ARTIKEL YANG SAMA