India mohon keahlian bersekutu CERN

India mohon keahlian bersekutu CERN

NEW DELHI, India, 26 Mei (Agensi) – Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Atom India, Ratan Kumar Sinha berkata, proses mendapatkan keahlian bersekutu Pertubuhan Eropah bagi Penyelidikan Nuklear atau dikenali sebagai CERN oleh India yang sudah lama tertangguh kini sudah pun bermula.

Pertubuhan CERN mengendalikan makmal partikel fizik terbesar di dunia, lapor agensi berita Press Trust of India (PTI). Sinha, yang juga merupakan Setiausaha Jabatan Tenaga Atom, berkata Jawatankuasa Keselamatan Kabinet memberikan lampu hijau untuk mendapatkan keahlian itu kira-kira dua bulan lepas.

“Keahlian bersekutu CERN sudah diluluskan oleh Kabinet.

“Proses permohonan sudah pun dilaksanakan dan CERN sedang menelitinya dari pelbagai sudut. Keahlian kita akan diterima tidak lama lagi,” kata Sinha. Sebab-sebab belanjawan menangguhkan proses permohonan dan kelulusan keahlian India dalam CERN.

Sumber-sumber berkata langkah menyegerakan proses permohonan keahlian itu perlu disegerakan berikutan Pakistan sudah pun mendapat status ahli bersekutu pada tahun lepas.

Pada masa lepas status tersebut sudah pun diberikan kepada Jepun, Rusia dan Amerika Syarikat.

ARTIKEL YANG SAMA