India, Perancis ikat perjanjian keselamatan

NEW DELHI, 11 Mac – Bayangan strategik China yang sangat kuat telah menghantui perjanjian yang telah ditandatangani oleh India dan Perancis kelmarin, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama ketenteraan di Lautan Hindi.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani oleh Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, kedua-dua negara akan membuka pangkalan tentera laut mereka untuk menempatkan kapal perang di tempat lain.

Cita-cita besar China bagi Laut China Selatan telah menimbulkan kebimbangan kuasa dunia. Manakala, pergerakan China ke Lautan Hindi yang luas terbentang dari Terusan Suez ke Selat Melaka telah meningkatkan lagi kebimbangan.

Modi dan Macron amat khuatir kerana China memperluaskan pengaruh ketenteraannya dengan membuka pangkalan tentera laut di negara Afrika timur di Djibouti tahun lepas.

Beijing juga membina rangkaian perdagangannya iaitu inisiatif One Belt One Road yang melibatkan banyak negara-negara Asia dan Afika yang mengusai Lautan Hindi.

Perdana Menteri Narendra Modi (kanan) meraikan kedatangan Presiden Emmanuel Macron ke New Delhi kelmarin. India dan Perancis telah menandatangani kerjasama ketenteraan untuk mengurangkan pengaruh China di Lautan Hindi. – AFP

China telah membina sebuah pelabuhan di Gwadar di Pakistan, telah mengambil pajakan 99 tahun di Hambantota, Sri Lanka dan membeli sejumlah pulau kecil di Maladewa.

Semua itu telah menimbulkan kebimbangan India, yang terletak di tengah-tengah kawasan Lautan Hindi.

Ahli pakar New Delhi telah melihat syarikat-syarikat China melabur dalam aset yang melibatkan dari lapangan terbang ke bursa saham Bangladesh bagi mempertingkatkan pengaruhnya.

“Mereka pada dasarnya bekerja dengan perintah kerajaan dan semua pelaburan mereka sebenarnya bukan pelaburan komersial tetapi pelaburan strategik, ia bertujuan untuk geopolitik,” kata penganalisis di Yayasan Penyelidik Observer, New Delhi, Abhijit Singh.

Modi dengan jelasnya mahu meningkatkan pengaruh India di kawasan kejiranan terdekatnya sebagai strategik yang diutamakan sejak mengambil tampuk perdana menteri pada tahun 2014. Kerajaannya marah apabila Sri Lanka membiarkan sebuah kapal selam China membuat perhentian di sana pada tahun 2014. Setelah itu, Colombo menolak permintaan yang sama tahun berikutnya. – AFP