India perkenalkan peraturan cegah rancangan Internet FB

India perkenalkan peraturan cegah rancangan Internet FB

NEW DELHI/MUMBAI, 9 Feb – India memperkenalkan peraturan semalam untuk mencegah para penyedia perkhidmatan Internet dari mempunyai dasar penetapan harga berbeza-beza untuk memasuki bahagian-bahagian jaringan berlainan, dalam halangan kepada rancangan Facebook Inc untuk menyediakan perkhidmatan Internet percuma yang dikurangkan harganya kepada penduduk di negara itu.

Peraturan baru itu dibuat selepas proses rundingan dua bulan yang menyaksikan Facebook melancarkan kempen pengiklanan besar dalam menyokong program Asas Percuma yang disediakan di lebih 35 buah negara sedang membangun.

Program itu menawarkan perkhidmatan Internet yang dikurangkan harganya pada telefon bimbit, berserta dengan kemasukan ke rangkaian sosial syarikat itu sendiri dan perkhidmatan pesanan ringkas tanpa dikenakan caj. Perkhidmatan itu, sebelumnya dikenali sebagai Internet.org juga berdepan masalah di negara lain yang menuduh Facebook melanggar prinsip jaringan dengan keberkecualian konsep bahawa semua laman sesawang dan data di internet dilayan secara sama rata.

Pengkritik dan aktivis internet mengatakan bahawa membenarkan kemasukan ke beberapa aplikasi terpilih dan perkhidmatan jaringan dengan percuma akan merugikan penyedia-penyedia kandungan kecil dan penyedia baru yang tidak menyertai program itu.

Di lamannya di Facebook, Ketua Eksekutuif Mark Zucerkberg menulis “Menghubungkan India adalah matlamat penting yang tidak akan kami lepaskan, kerana lebih satu bilion rakyat di India tidak dapat memasuki internet. Kami menyedari bahawa menghubungkan mereka boleh membantu mengeluarkan mereka dari kemiskinan, mewujudkan berjuta-juta peluang pekerjaan dan menyebarkan peluang pendidikan.”

Mark Zuckerberg, bercakap semasa Persidangan Internet.org di New Delhi, semalam. - Reuters
Mark Zuckerberg, bercakap semasa Persidangan Internet.org di New Delhi, semalam. – Reuters

Semalam, Pihak Berkuasa Pengawal Atur Telekom (TRAI) yang telah menggantungkan perkhidmatan percuma Facebook sementara menantikan keputusan dasar, berkata penyedia-penyedia perkhidmatan internet tidak akan dibenarkan membuat penetapan harga berbeza bagi perkhidmatan jaringan berlainan. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA