India rasmi kereta api laju

India rasmi kereta api laju

NEW DELHI, 5 April (AFP) – India merasmikan kereta api berkelajuan tinggi hari ini sebagai sebahagoan daripada pemodenan besar dalam sistem landasan kereta api yang musnah – namun kelajuan tertingginya hanya separuh daripada di China dan negara-negara lain.

Menteri Landasan Kereta api Suresh Prahbu memuji Gatimaan Express, yang membuat perjalanan dari New Delhi ke Taj Mahal dan memuji pelayan serta pinggan mangkuk tembikar, sebagai ‘satu era baru perjalanan kereta api laju’.

Namun ekspres itu mempunyai kelajuan tinggi 160km sejam, berbanding dengan kereta api di China, Jepun, Perancis dan negara lain yang boleh mencapai 320km sejam atau lebih.

Digambarkan oleh kerajaan sebagai ‘kereta api berkelajuan tinggi semi’ pertama India, Ia adalah sebahagian daripada rancangan Perdana Menteri Narendra Modi yang bernilai AS$135 bilion untuk memperbaharui rangkaian landasan kereta api paling tua di Asia selama lima tahun.

Pengangkutan kereta api adalah talian nyawa bagi penduduk India seramai 1.25 bilion dan perjalanan utama bagi destinasi jarak jauh. Kira-kira 23 juta, bersamaan dengan penduduk Australia, membuat perjalanan menggunakan kereta api setiap hari.

Perjalanan 100 minit menaiki Gatimaan Express, dari bandar ke Agra, rumah kepada Taj Mahal terkenal, akan menelan belanja sekitar 750 rupee (AS$12) dan 1,500 rupee (AS$23) bergantung pada tempat duduk kelas.

Gatimaan juga termasuk ruang dalaman mewah, bio-bilik air dan dispensari sabun, perkhidmatan maklumat pelanggan GPS, pintu gelangsar automatik di gerabak, sistem hiburan elektronik WIFI dan hidangan bagi kelas eksekutif.