India ratifikasi perjanjian iklim Paris

India ratifikasi perjanjian iklim Paris

NEW DELHI, 2 Okt – India, pengeluar karbon ketiga terbesar di dunia, dijangka mengesahkan perjanjian Paris mengenai perubahan iklim hari ini pada hari jadi pemimpin kemerdekaan negara Mahatma Gandhi.

India, dengan penduduk berjumlah 1.3 bilion orang, adalah pencemar besar terbaru yang menandatangani perjanjian bersejarah yang kini mengambil langkah besar untuk menjadikannya satu realiti. Perjanjian itu, dimeterai pada Disember lalu di Paris, memerlukan pengesahan daripada 55 buah negara yang menyumbang kepada sekurang-kurangnya 55 peratus daripada pengeluaran gas rumah hijau planet yang bertanggungjawab atas perubahan iklim.

Dengan tindakan India, sejumlah 62 negara yang menyumbang kepada hampir 52 peratus daripada pengeluaran kini telah mengesahkan perjanjian untuk mengambil tindakan untuk mengawal suhu planet yang semakin meningkat.

Pegawai India dijangka menyerah dokumen yang ditandatangani di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada kira-kira 1400 GMT hari ini, kata jurucakap kementerian alam sekitar di New Delhi.

“Ia diambil selepas perdebatan menyeluruh dan dengan tujuan memberikan dunia satu mesej bahawa India sedang menjadi satu kuasa besar,” beritahu Menteri Alam Sekitar Anil Madhav Dave kepada wartawan di New Delhi sebelum tindakan tersebut.

Seorang nelayan berjalan di pesisir pantai Laut Arab yang dicemari beg plastik dan sampah lain di Mumbai, India, 2 Okt. India dijangka meratifikasikan Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim dengan PBB pada Ahad, ulang tahun kelahiran Mahatma Gandhi yang percaya dalam pencemaran minimum karbon. –AP
Seorang nelayan berjalan di pesisir pantai Laut Arab yang dicemari beg plastik dan sampah lain di Mumbai, India, 2 Okt. India dijangka meratifikasikan Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim dengan PBB pada Ahad, ulang tahun kelahiran Mahatma Gandhi yang percaya dalam pencemaran minimum karbon. –AP

Perdana Menteri Narendara Modi mengumumkan pada bulan lalu bahawa 2 Oktober, cuti negara, telah pun dipilih sebagai tarikh pengesahan disebabkan pejuang kebebasan Gandhi telah hidup dengan penggunaan karbon yang rendah.

Ketua PBB Ban Ki-moon dan yang lainnya telah menyuarakan keyakinan bahawa perjanjian akan berkuat kuasa pada akhir tahun, selepas beberapa negara menyertai sama, termasuk Amerika Syarikat dan China, dua pengeluar terbesar.

Menteri alam sekitar EU juga bersetuju pada minggu lalu akan mempercepat pengesahan, mengekal kenaikan suhu dalam dua darjah Celsius di atas tahap pra-industri. – AFP