India sedia bekalkan minyak masak bersih tahun 2018

India sedia bekalkan minyak masak bersih tahun 2018

NEW DELHI, 3 Jan (NNN) – Kerajaan telah mengisytiharkan 2016 sebagai ‘Tahun Pengguna LPG’ sementara melancarkan rancangan untuk menyediakan minyak memasak bersih kepada semua keluarga pada akhir 2018 dan mengeluarkan kemudahan bil bayaran online dan silinder gas lutsinar.

‘2016 akan menjadi Tahun Pengguna LPG. Kami akan berusaha untuk menambah kemudahan gas memasak di negara. Pada tahun calendar 2016, 2017 dan 2018, kami akan menetapkan matlamat untuk menyediakan minyak memasak bersih kepada semua penduduk,’ kata Menteri Minyak Dharmendra Pradhan.

Menteri berkenaan sedang bercakap pada satu majlis untuk melancarkan nombor talian kecemasan LPG 1906 untuk pengguna gas memasak di seluruh negara. Pengguna boleh menghubungi talian ini untuk mendapatkan bantuan untuk mengatasi kebocoran gas.

Pradhan meminta kementerian dan pegawai atasan syarikat pemasan untuk menjadikan nombor berkenaan tol-percuma. Mulai hari ini, kadar panggilan biasa akan dikuatkuasakan.

Mengenai LPG di negara, menteri berkata terdapat 27 juta pelanggan utama di dalam negara, di mana 16.5 juta adalah pelanggan aktif dan syarikat pemasaran minyak merangkumi kira-kira 60 peratus daripada penduduk.

Beliau berkata: ‘Kami mahu mensasarkan 100 peratus penduduk. Namun kami perlu ingat mengenai isu kemampuan mereka. Kami berharap sebahagian besar penduduk akan menerima kemudahan tersebut dengan pertambahan dalam kuasa pembelian mereka disebabkan pertumbuhan ekonomi dalam tempoh tiga tahun akan datang’.

ARTIKEL YANG SAMA