India tumpuan pengilang beg udara

India tumpuan pengilang beg udara

NEW DELHI, 13 Sept (Reuters) – Pembekal beg udara terbesar di dunia akan menubuhkan kilang dan meningkatkan kapasiti di India, merebut peluang sekitar $2 bilion disebabkan peraturan ketat bertujuan untuk menambahbaikkan rekod keselamatan jalan raya yang terburuk di dunia.

Di India, seorang terkorban setiap empat minit dalam kemalangan jalan raya bersamaan dengan 141,000 pada 2014 – kurang daripada satu pertiga daripada jumlah 2.6 juta kereta yang dijual setiap tahun yang memiliki beg udara dalam pasaran yang mementingkan kos.

Namun rangka undang-undang yang akan melaksanakan standard ujian kemalangan pada 2017 telah mewujudkan satu peluang bagi pembuat peralatan keselamatan, ketika kenderaan tanpa beg udara akan mencapai rating standard paling rendah selepas ujian.

Perkara itu, buat pertama kalinya akan memaksa pengguna untuk mempertimbangkan risiko yang mereka hadapi kerana membeli yang murah.

Menjelang 2020, keseluruhan hasil daripada penjualan beg udara di India dijangka akan meningkat 11 peratus setahun hingga mencecah $2 bilion, mengatasi pertumbuhan sembilan peratus di China, menurut data daripada Transparency Market Research.

Seorang pekerja memeriksa beg udara di sebuah kilang pembuat beg udara Rane TRW Steering System Ltd di Singaperumal Koil di negeri selatan Tamil Nadu, India. – Reuters
Seorang pekerja memeriksa beg udara di sebuah kilang pembuat beg udara Rane TRW Steering System Ltd di Singaperumal Koil di negeri selatan Tamil Nadu, India. – Reuters

Pada ketika itu, India dijangka akan menjual lebih lima juta kereta setahun.

Beberapa pembuat beg udara terbesar di dunia seperti Autoliv Inc, Takata Corp, TRW Automotive Inc dan Toyoda Gosei Co – sudah bersiap sedia untuk mengaut keuntungan daripadanya.

““Ini adalah masa yang terbaik untuk membina kapasiti dan masa yang sesuai untuk melabur bagi pengembangan perniagaan,” kata Harish Lakshman, pengarah urusan pembuat beg udara Rane TRW Steering Systems Ltd, sebuah syarikat usaha sama antara TRW yang berpangkalan di Amerika dan Rane Holdings Ltd, India.

Syarikat itu membuka sebuah kilang pemasangan beg udara baru di selatan India pada Ogos dengan kapasiti untuk menghasilkan 500,000 unit setahun dengan melaburkan 180 juta rupee ($2.7 juta).

Ia menjangkakan hasil pendapatan daripada unit beg udara itu mencecah 3.5 bilion rupee menjelang 2020, daripada 400 juta rupee hari ini.

Toyodo Goesi Minda India, sebuah syarikat usaha sama antara syarikat Jepun dan Uni Minda, India memiliki saham pasaran 25 peratus, merancang untuk meningkatkan kapasitinya sehingga enam kali ganda kepada 150,000 beg udara bagi dua hingga tiga tahun akan datang, pengerusi kumpulan N.K Minda memberitahu Reuters.

Penganalisis mengatakan yang lain akan mengikutinya, mewujudkan kilang di India untuk mengekalkan kos serendah yang mungkin.

“Kami menjangkakan dalam masa lima tahun lagi pembuat beg udara utama akan memiliki hab pengilangan di India, kata Ayay Bandopadhyay, seorang penganalisis penyelidikan automotif di Transparency Market Research.