Individu muslim sertai IS terkeluar ajaran Ahli Sunnah

Individu muslim sertai IS terkeluar ajaran Ahli Sunnah

PUTRAJAYA, 7 Mei (Bernama) – Individu Muslim yang menyertai kumpulan militan IS dianggap terkeluar daripada ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, kata Setiausaha Agung Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah India, Syeikh Abu Bakar Ahmad Al Malibari.

Beliau berkata tanggapan bahawa pelakuan ganas sehingga peringkat membunuh oleh orang Islam yang menyertai kumpulan itu sebagai satu jihad juga amatbertentangan dengan manhaj Wasatiyyah atau kesederhanaan yang menjadi teras utama pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah tidak pernah mengajar pengikutnya tentang menjadi ekstremis, melakukan keganasan, kekerasan dan membunuh.

“Seruan jihad menurut Islam ialah bagi menegakkan agama Allah, mempertahankan diri dan tanah air bukannya untuk memerangi golongan lain atas nama jihad,” katanya.

Bercakap kepada pemberita melalui penterjemah ketika ditemui pada Muktamar Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah Sedunia Malaysia 2015 di sini hari ini, Syeikh AbuBakar berkata kematian mereka yang berperang bersama kumpulan militan ISjuga tidak boleh dianggap sebagai mati syahid.

Ketua Rabitah Islamiah Yaman Syeikh Habib Abu Bakar Al-Mashoor Al-Adni semasa sidang media sempena Muktamar Ulama Ahli Sunnah WalJamaah yang bertemakan “Mengenal Hakikat Ahli Sunnah WalJamaah” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. – Bernama
Ketua Rabitah Islamiah Yaman Syeikh Habib Abu Bakar Al-Mashoor Al-Adni semasa sidang media sempena Muktamar Ulama Ahli Sunnah WalJamaah yang bertemakan “Mengenal Hakikat Ahli Sunnah WalJamaah” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini. – Bernama

Ini kerana, katanya asas perjuangan kumpulan itu telah terpesong dari ajaran dan konsep sebenar jihad menurut syarak kerana peperangan itu turut melibatkan pelakuan zalim dan ganas terhadap golongan kanak-kanak, kaumwanita dan orang tua.

“Jihad yang paling besar ialah berjihad melawan atau mengawal nafsu daripada membuat pembunuhan serta keganasan. Malah Islam juga tidak pernah mengajakuntukberjihad kerana peperangan, sebaliknya jihad menurut syarak hanyalah untuk mempertahankan agama, diri dan negara,” katanya.

Sementara itu, Habib Abu Bakar Adni Al-Masyar, seorang ulama dari Yaman berkata cetek tentang hakikat sebenar ajaran Sunnah Wal Jamaah menyebabkanumat Islam sukar membezakan antara jihad dan pembunuhan sehingga terdorongmenyertai gerakan ekstremis, khasnya IS.

Walaupun Nabi Muhammad S.A.W dalam satu hadis mengatakan barang siapa yang meninggal dunia dan tidak terdetik di dalam hatinya kecenderungan untuk berjihad di jalan Allah dianggap mati dalam keadaan jahil, beliau berkata mereka yang bersemangat untuk berjihad wajib terlebih dahulu memahami konsep jihad mengikut kehendak agama.

Katanya pemahaman mengenai konsep jihad penting bagi mengelak seseorang daripada diperdaya dengan semangat untuk berjihad kerana biasanya perjuangan yang disertai akan melibatkan pembunuhan.

“Apabila berlaku pembunuhan tanpa ada dasar jihad di dalamnya, ia dengan sendirinya telah terpesong dari konsep jihad yang ditetapkan Islam, apatah lagi peperangan itu membabitkan pembunuhan sesama orang Islam,” katanya. Bertemakan ‘Mengenal Hakikat Ahli Sunnah Wal Jamaah’, muktamar tiga hari bermula semalam anjuran Yayasan Perdana Ummah itu disertai 25 ulama dari 15 negara.