Indonesia akan jadi pemegang saham ke-8 terbesar AIIB

Indonesia akan jadi pemegang saham ke-8 terbesar AIIB

INDONESIA, 28 Jun (Reuters) – Indonesia akan mendaftar sebagai pengasas ahli Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang disokong China dengan pelaburan AS$672.1 juta dibayar dalam tempoh lima tahun, Kementerian Kewangan memberitahu dalam satu keterangan hari ini.

Indonesia akan menjadi pemegang saham ke lapan terbesar di AIIB, menurut keterangan tersebut tanpa memberitahu maklumat peratus sahamnya. Menteri Kewangan Bambang Brodjonegoro dijadualkan akan membuat perjalanan ke Beijing untuk menandatangani perjanjian tersebut esok.

AIIB akan memulakan dengan modal yang dibenarkan sebanyak AS$50 bilion, kemudiannya akan dinaikkan ke AS$100 bilion.