Indonesia ambil langkah berjaga-jaga

Indonesia ambil langkah berjaga-jaga

JAKARTA, Indonesia, 1 Sept – Indonesia sedang memeriksa pengunjung dari negara jiran Singapura untuk virus bawaan nyamuk Zika tatkala negara kota itu melaporkan jumlah jangkitan yang meningkat dan kes pertama seorang wanita mengandung diuji positif.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Indonesia Oscar Primadi berkata hari ini pegawai kesihatan sedang menyarankan supaya Kementerian Luar Negeri mengeluarkan satu peringatan supaya jangan mengadakan perjalanan yang tidak penting ke Singapura, terumatanya wanita mengandung.

Singapura mengeluarkan satu kenyataan pada petang semalam berkata ia telah mengenalpasti 22 kes baru Zika di satu kawasan bandar dan kes pertamanya membabitkan seorang wanita mengandung.

Zika mempunyai kesan tidak serius bagi kebanyakan orang tetapi doktor percaya jangkitan ketika hamil boleh mengakibat kepala kecil dalam anak damit, yang dikenali sebagai microcephaly, dan gangguan perkembangan lain yang serius. Singapura mencatat 155 kes semalam.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS sedang menasihati pelancong ke Singapura supaya mengambil langkah berjaga-jaga seperti melindungi diri mereka terhadap gigitan nyamuk, dan disebabkan virus juga boleh disebar menerusi hubungan seks, menggunakan kondom atau tidak mengadakan hubungan seks.

Primadi berkata peralatan imej terma untuk mengesan suhu badan luar biasa telah dipasang di lapan pelabuhan Indonesia dengan laluan ke Singapura, termasuk lapangan terbang Jakarta. – AP