Indonesia beli 300,000 tan beras dari Myanmar

Indonesia beli 300,000 tan beras dari Myanmar

YANGON, 12 Sept – Indonesia telah membuat perjanjian dengan Myanmar untuk membeli 300,000 tan beras, lebih daripada separuh jumlah 500,000 tan rizab Myanmar untuk eksport, menurut Persekutuan Beras Myanmar hari ini.

Dalam tempoh empat bulan pertama tahun fiskal 2016-17, Myanmar mengeksport 400,000 tan beras ke negara-negara asing, menurun sebanyak 200,000 tan berbanding tempoh yang sama tahun fiskal terakhir 2015-16.

Dalam usaha untuk meningkatkan eksport beras negara, Myanmar sedang meneroka pasaran baru, cuba menembusi pasaran Filipina, Indonesia, Malaysia, Jepun dan negara-negara Afrika.

Menurut statistik, jumlah nilai eksport beras Myanmar mencapai 400,000 dolar AS dalam tempoh empat bulan pertama fiskal 2016-2017 tahun ini. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA