Indonesia cemerlang acara golf

Indonesia cemerlang acara golf

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 Nov – Almay Rayhan Yagutah dari Indonesia meraih pingat emas dalam acara golf individu lelaki temasya Sukan Sekolah-sekolah ASEAN kali ke-7 (ASG7) yang berlangsung di Royal Brunei Golf and Country Club, Jerudong.

Pingat perak dimenangi Chonjarem Baramithabaseth dari Thailand dan Adam Arif Madzri meraih pingat gangsa.

Bagi acara individu perempuan pula, pingat emas dirangkul peserta dari Filipina, Yuka E.Saso, pingat perak dimenangi Chakansim Khamborn dari Thailand manakala pingat gangsa pula diraih Harmie Nicole T. Contantino dari Filipina.

Pemenang acara golf berpasukan perempuan ASG7 bergambar ramai dengan tetamu kehormat.
Pemenang acara golf berpasukan perempuan ASG7 bergambar ramai dengan tetamu kehormat.

pg24_151127_LOGO ASG7

Bagi acara berpasukan lelaki pula, pingat emas digenggam pasukan dari Indonesia dengan skor 917, pingat perak dimenangi Pasukan Thailand dengan skor 940 dan pingat gangsa diraih Pasukan Singapura.

Sementara itu pasukan individu perempuan dari Thailand pula merangkul pingat emas (922), diikuti Pasukan Indonesia pingat perak (940) dan Pasukan Filipina pula meraih pingat gangsa (942).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pemangku Pengarah Sekolah-sekolah, Jabatan Sekolah-sekolah, Kementerian Pendidikan, Awang Zaman bin Haji Gapar.

ARTIKEL YANG SAMA