Indonesia dalam memperkenalkan Pencak Silat

Indonesia dalam memperkenalkan Pencak Silat

INDONESIA – Sesetengah pejuang warisan Indonesia sedang beraksi dengan memperlihatkan satu corak langkah yang menakjubkan dilengkapi dengan senjata pisau yang melengkung dan setiap gerakan tergantung kepada corak pemikiran pejuang.

Warisan ini dikenali sebagai ‘Pencak Silat’ atau warisan seni pertahanan diri Indonesia. Warisan budaya ini sedang dalam proses diperkenalkan untuk pengiktirafan global dengan lebih besar. Warisan ini sudah mendapat tempat di Sukan Asia dan pihak Indonesia ingin berjuang untuk sukan Olimpik pula.

Warisan sukan ini amat disukai oleh kebanyakan rakyat Indonesia disebabkan oleh hubungannya dengan sejarah yang sangat bernilai.

Warisan ini terkenal disebabkan oleh perjuangan negara itu dalam menyahut kemerdekaan apabila kumpulan anti-kolonial menggunakan seni mempertahankan diri untuk mengambil pemerintah Belanda Nusantara pada abad ke-20.

Walaupun sudah diamalkan selama berabad-abad di seluruh Asia Tenggara, ‘Pencak silat’ ini sedang bergelut untuk menerima pengiktirafan antarabangsa yang sama seperti seni mempertahankan diri Asia yang lain seperti karate dan tekwando.

‘Pencak silat’ akan ditampilkan dan diperkenalkan buat kali pertama di Sukan Asia yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun 2018. – AFP
‘Pencak silat’ akan ditampilkan dan diperkenalkan buat kali pertama di Sukan Asia yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun 2018. – AFP

Pihak kerajaan Indonesia telah memohon beberapa ulasan untuk mengubah situasi itu. ‘Pencak silat’ akan ditampilkan dan diperkenalkan buat kali pertama di Sukan Asia yang akan berlangsung di Indonesia pada tahun 2018.

Para pegawai sukan tersebut di Indonesia mahu membawa sukan itu ke dalam Sukan Olimpik dan berharap pada satu hari nanti ia akan malah diiktiraf oleh pihak UNESCO. “Pencak Silat mempunyai segala-galanya seperti sukan, seni dan apa yang penting rohani,” kata Setiausaha Agung Persatuan Pencak Silat, Indonesia, Erizal Chaniago.

“Itulah yang menjadikannya sebagai satu sukan yang unik dan istimewa berbanding dengan seni mempertahankan diri dari negara-negara yang lain,” tambahnya kepada wartawan AFP.

Gaya kuku harimau

‘Pencak Silat’ adalah istilah payung untuk sebuah keluarga seni mempertahankan diri dalam penggabungan 800 bentuk seni mempertahankan diri yang berkaitan di Indonesia. Warisan ini dihubungkan dengan penekanan terhadap pertahanan daripada serangan dan mempunyai ciri-ciri pergerakan seperti tarian.

Sesetengah gaya yang dilakukan menggunakan pertempuran penuh badan yang melibatkan mogok dan bergelut manakala yang lain memberikan tumpuan kepada berjuang dengan senjata serta pergerakan yang lain pula memfokuskan kepada persembahan tarian tanpa melakukan sebarang aksi perlawanan.

Salah satu aksi yang terkenal dan sering kali dilakukan oleh penggiat warisan ini ialah ‘Harimau berkuku’ dan gaya ini diamalkan di Pulau Sumatra Barat di mana para pengamal kekal berada di bahagian bawah sedikit dekat dengan tanah bagi menumpaskan lawan mereka.

Pulau Jawa pula beranggapan bahawa warisan seni ini sedikit sebanyak berkaitan dengan ‘Kanuragan’ iaitu satu kepercayaan mistik tempatan dan kononnya memberikan pengamal kuasa ghaib termasuk perlindungan daripada serangan senjata daripada pihak lawan.

Sesetengah pengamal ‘Kanuragan’ telah berjaya membuktikan penguasaan gaya dengan menikam dan memotong fizikal diri sendiri tanpa mencetuskan sebarang kecederaan malah baru-baru ini di sebuah gimnasium di ibu kota Jakarta, seorang budak lelaki yang berusia 12 tahun berdiri dan juru latih telah memecahkan batu di kepala budak lelaki itu semasa satu sesi latihan dalam membentuk seni mempertahankan diri itu kepada generasi-generasi muda.

Aksi dan latihan itu dinamakan sebagai ‘Pencak Silat Tenaga Asas’ dan aksi ini bercampur dengan gerakan tradisional dengan teknik pernafasan khusus untuk membantu badan dalam membuat pemukulan yang bertenaga dan kuat.

“Ia membuatkan saya cukup yakin untuk berbuat apa-apa,” kata salah seorang peserta, Indra Surya sambil menambah bahawa seni mempertahankan diri ini telah membantu memberikan beliau satu kekuatan dan keuntungan malah pulih dari segala jenis penyakit.

Warisan ini sudah mendapat tempat di Sukan Asia dan pihak Indonesia ingin berjuang untuk sukan Olimpik pula. – AFP
Warisan ini sudah mendapat tempat di Sukan Asia dan pihak Indonesia ingin berjuang untuk sukan Olimpik pula. – AFP

“Kami mengajar para pelajar bagaimana untuk jatuh supaya mereka tahu bagaimana untuk bangkit semula dan kami tidak mengajar mereka untuk menjadi sombong dan mempunyai naluri seorang pembunuh,” kata juru latih, Rudi Trianto kepada wartawan AFP.

Kebanyakan gaya dan aksi memaparkan tenaga asas dalam sebuah filem terbitan Indonesia yang dikenali sebagai ‘The Raid’ dan filem ini dibintangi sendiri oleh pejuang pencak silat yang dikenali sebagai Yayan Ruhian dan Iko Uwais.

Diplomasi kebudayaan

Aksi yang akan dipaparkan dalam versi Sukan Asia itu nanti akan mungkin menjadi salah satu daripada gaya pertempuran tradisional.

“Ia akan membuka satu jalan bagi kita untuk mencapai dua matlamat utama kami iaitu untuk bersaing dalam sukan Olimpik dan ‘Pencak Silat’ diiktiraf sebagai salah satu warisan Indonesia oleh pihak UNESCO,” kata juru cakap Kementerian Sukan, Gatot Dewa Broto kepada wartawan AFP.

Namun pihak UNESCO telah menyenaraikan warisan itu sebagai ‘Warisan budaya tidak ketara’ di seluruh dunia yang memerlukan perlindungan.

Setelah berjaya memasukkan sukan ini ke dalam salah satu acara di Sukan Asia, perjuangan mereka seterusnya untuk memasukkan seni warisan itu ke dalam sukan terbesar, Sukan Olimpik.

Namun disebabkan oleh kejohanan Sukan Asia itu dilangsungkan dalam Sukan Asia, di Indonesia, sukan warisan itu tidak dapat dikecualikan dan terus dimasukkan dalam festival kejohanan itu.

Namun para pegawai sukan di Indonesia mengakui bahawa untuk memasukan sukan itu ke dalam sukan Olimpik adalah satu perkara yang sukar malah untuk memasukkannya sukan tersebut mestilah diiktiraf oleh ahli jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.

Para penyokong sukan itu yakin dan mahu melihat sukan ‘Pencak Silat’ sebagai satu sukan yang dikenali dan sebahagian daripada diplomasi budaya Indonesia. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA