Indonesia dilanda gempa bumi

Indonesia dilanda gempa bumi

PADANG, Indonesia, 2 Jun – Gempa bumi kuat melanda luar pulau Sumatera, Indonesia hari ini menyebabkan orang ramai yang panik lari ke tempat lebih tinggi dan mencederakan lapan orang dan berpuluh bangunan musnah.

Gempa bumi berukuran 6.5 magnitud menggegarkan sekitar subuh, mengejutkan para penduduk di bandar pelabuhan utama Padang di pantai barat Sumatera dan menyebabkan mereka menyelamatkan diri.

Tidak ada amaran tsunami dikeluarkan selepas gegaran itu, yang melanda sekitar 140km (90 batu) dari Padang, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (AS).

Penduduk Padang diberi rawatan perubatan sambil ditemani oleh saudara-mara di luar Hospital M. Menurut Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), sebuah gempa bumi berukuran 6.5 magnitud telah menggegarkan Kota Padang, Sumatera Barat, pada 05:56 waktu tempatan, semalam. – EPA
Penduduk Padang diberi rawatan perubatan sambil ditemani oleh saudara-mara di luar Hospital M. Menurut Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), sebuah gempa bumi berukuran 6.5 magnitud telah menggegarkan Kota Padang, Sumatera Barat, pada 05:56 waktu tempatan, semalam. – EPA

Di Padang, dua orang cedera parah akibat dihempap runtuhan, kata jurucakap agensi bencana, Sutopo Purwo Nugroho.

Katanya lagi, di daerah berhampiran, enam orang cedera, sementara 54 buah rumah dan sebuah hospital mengalami kerosakan ringan di seluruh rantau itu.Seorang lelaki berusia 80 tahun meninggal dunia akibat serangan jantung di Padang berikutan gempa bumi, namun ia tidak jelas jika kematiannya itu berkaitan dengan gegaran tersebut, kata Nugroho.

Ade Nelvi, seorang wanita yang tinggal di Padang, berkata dia terkejut daripada tidur akibat gegaran tersebut.

“Ia sangat kuat dan rumah saya bergegar, oleh itu saya berlari ke bilik tidur anak saya untuk membangunkan mereka dan kami berlari keluar dari rumah,” ujarnya.Bekalan elektrik terputus di beberapa tempat selepas gempa bumi itu namun pulih semula sejurus selepas itu dan orang ramai tidak diarahkan untuk mengosongkan rumah me-reka.

Indonesia sering berdepan aktiviti gunung berapi dan seismik akibat kedudukannya di ‘Lingkaran Api’ Pasifik, tempat plat tektonik berlanggar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA