Indonesia jamin jerebu tidak teruk

Indonesia jamin jerebu tidak teruk

JOHOR BAHARU, 4 Feb – Kerajaan Indonesia memberi jaminan bahawa masalah jerebu pada tahun ini dijangka tidak seteruk tahun lepas berikutan langkah proaktif diambil negara jiran itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Indonesia menyuarakan jaminan itu ketika pertemuan beliau dengan rakan sejawatannya di Jakarta, baru-baru ini.

Katanya, pada pertemuan itu, beliau telah dimaklumkan bahawa Indonesia melakukan pelbagai usaha bagi membendung masalah tersebut termasuk menarik balik tanah-tanah ladang pertanian daripada 20 konsesi pemilikan ladang.

Menurutnya lagi, negara itu juga dikhabarkan bersetuju untuk membeli tiga buah pesawat Bombardier bagi membanteras pembakaran ladang itu secara lebih berkesan. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA