Indonesia jumpa Presiden FIFA

Indonesia jumpa Presiden FIFA

JAKARTA, 27 April – Pegawai Indonesia sudah bertemu Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino (bawah), di Zurich dalam usaha menamatkan krisis menyelubungi bola sepak di negara Asia Tenggara itu.

Sudah hampir setahun sejak badan induk bola sepak dunia itu mengenakan penggantungan antarabangsa terhadap Indonesia menyebabkan pemain, jurulatih dan kelab berdepan masalah.

FIFA mengambil tindakan selepas pertelagahan antara persatuan bola sepak Indonesia (PSSI) dan menteri sukan yang menyebabkan liga utama negara itu digantung.

Badan induk dunia itu memandang serius campur tangan kerajaan dalam persatuan kebangsaan dan mengenakan tindakan berkenaan selepas beberapa kali memberi amaran.

Semalam Infantino bertemu Agum Gumelar, Ketua Jawatankuasa Pembaharuan Interim PSSI serta Erick Thohir, Pengerusi Jawatankuasa Olimpik Indonesia dan pemilik kelab Itali, Inter Milan untuk membincangkan krisis berkenaan.

p21-2_20160428

“Secara teliti dan perbincangan yang mendalam sudah diadakan dan semua pihak berkongsi keinginan tulen untuk menamatkan penggantungan terhadap PSSI secepat mungkin,” kata FIFA dalam kenyataan di laman web miliknya.

Persekutuan itu berkata pihaknya kekal “bersedia untuk membantu” liga bola sepak domestik Indonesia melalui proses berkenaan dan berharap akan membawa negara itu kembali ke kancah antarabangsa. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA