Indonesia karam bot asing rai kemerdekaan

Indonesia karam bot asing rai kemerdekaan

JAKARTA, 17 Ogos – Indonesia telah menenggelamkan puluhan bot asing yang telah ditahan sempena menandakan Hari Kemerdekaan, menurut pegawai hari ini, ketika Presiden Joko Widodo memulakan kempen untuk menghentikan nelayan asing dari ‘mencuri’ di perairannya.

Sejak dilantik, Presiden Joko Widodo telah memperkukuhkan kempen dengan mengadakan latihan di kedaulatan maritim Indonesia dan telah mengaramkan dan meletupkan puluhan kapal asing.

“Hari ini kami menenggelamkan 60 buah bot” di lapan lokasi, kata pegawai kementerian perikanan, Mas Achmad Santosa.

“Ia merupakan hadiah (bagi Indonesia) dan untuk menunjukkan konsistensi kami dalam menguatkuasakan undang-undang,” tambah Santosa.

Namun tidak seperti peristiwa penenggelaman bot pada masa lalu, yang disiarkan dalam televisyen kebangsaan, dengan majlis hari ini, itu disambut sederhana dengan pegawai menegah liputan media.

Para pegawai juga enggan untuk mendedahkan asal negara kapal berkenaan.

Sebelumnya, Indonesia telah menghancurkan bot-bot dari negara-negara termasuk China, Vietnam dan Filipina, dengan Beijing terutamanya marah dengan isyarat berkenaan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA