Indonesia kerah tentera tenteram pergolakan di utara Aceh

Indonesia kerah tentera tenteram pergolakan di utara Aceh

JAKARTA, 15 Okt – Indonesia mengerahkan kakitangan keselamatan hari ini untuk menyuraikan pergolakan di wilayah utara Aceh selepas kumpulan perusuh membakar gereja dan membunuh seorang dalam keganasan keagamaan minggu ini.

“Situasi di Aceh Singkil kini tenang dan dapat dikawal,” menurut jurucakap polis negara Agus Rianto memberitahu Reuters melalui telefon, merujuk kepada daerah tempat serangan berlaku.

“Kami sedang menjalankan rondaan di kawasan itu dengan bantuan pasukan tentera,” tambah Rianto, enggan untuk memberi komen jumlah kakitangan yang dikerahkan.

Rianto menyangkal laporan yang mengatakan ribuan orang telah melarikan diri dari Aceh Singkil ekoran serangan berkenaan pada Selasa. Polis mengatakan 20 orang telah ditangkap yang terdiri daripada kumpulan perusuh sekitar 500 orang yang membakar gereja dan mengancam orang Kristian, lapor media tempatan. – Reuters