Indonesia, Korea S tandatangani perjanjian pembangunan jet pejuang

Indonesia, Korea S tandatangani perjanjian pembangunan jet pejuang

SEOUL, 7 Jan – Indonesia menandatangani perjanjian bernilai AS$1.3 bilion dengan Korea Selatan hari ini untuk membangun bersama jet pejuang generasi seterusnya Seoul, menurut pengilang pesawat udara Selatan.

Di bawah perjanjian yang ditandatangani dengan Industri Aeroangkasa Korea (KAI), kementerian pertahanan Indonesia akan melabur 1.6 trilion won (AS$1.3 bilion) dalam program Korean Fighter Experimental (KF-X).

Program itu bertujuan untuk menghasilkan jet pejuang baru di negara sendiri untuk menggantikan armada jet pejuang F-4 dan F-5 yang sudah uzur, diimport dari AS.

Konsortium KAI dan syarikat gergasi aeroangkasa AS, Lockheed Martin Mac lepas memenangi kontrak AS$8.6 trilion untuk membekalkan 120 jet pejuang ke pasukan udara Seoul. Pelaburan dari Indonesia itu akan memperhitungkan kira-kira satu perlima daripada kos jumlah projek dengan 100 pekerja Indonesia mengambil bahagian dalam pembangunan dan penghasilan, kata KAI dalam satu kenyataan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA