Indonesia kukuhkan keselamatan di Laut China Selatan

Indonesia kukuhkan keselamatan di Laut China Selatan

JAKARTA, 13 Julai – Indonesia akan memperkukuhkan keselamatannya di sekitar pulau Laut China Selatan di mana berlakunya pertempuran dengan kapal China, kata menteri pertahanan hari ini, sehari selepas tuntutan Beijing di laut tersebut diisytiharkan tidak sah.

Dalam satu temu bual dengan AFP, Ryamizard Ryacudu berkata merangsang pertahanan sekitar Natuna Island di Indonesia akan membabitkan penghantaran kapal perang, jet pejuang F-16, peluru berpandu permukaan bumi ke udara, radar dan dron, serta pembinaan pelabuhan baru dan peningkatan lapangan terbang.

Pembinaan tentera, yang bermula dalam beberapa bulan ini, akan selesai dalam “masa kurang setahun,” kata beliau.

“Ia akan menjadi mata dan telinga kami,” kata jeneral bersara itu.

“Supaya kami boleh melihat apa yang sedang berlaku di Natuna dan kawasan sekitar di Laut China Selatan.”

Ryamizard Ryacudu ketika ditemui oleh wartawan AFP dalam satu wawancara khas. – AFP
Ryamizard Ryacudu ketika ditemui oleh wartawan AFP dalam satu wawancara khas. – AFP

Tidak seperti beberapa negara jiran Asia Tenggara, Indonesia telah lama menegaskan ia tidak mempunyai perbalahan laut dengan China di Laut China Selatan dan tidak mempertikaikan pemilikan mana-mana wilayah.

Namun tuntutan Beijing bertinih dengan zon ekonomi eksklusif Indonesia perairan di mana sebuah negara mempunyai hak untuk mengeksploit sumber sekitar Natuna, dan terdapatnya pertambahan dalam pertempuran di antara bot peronda dan tentera laut Indonesia dan kapal perikanan dan pengawal pantai China.

Indonesia semakin marah dengan pencerobohan China ke perairannya dan selepas satu pertempuran pada bulan lalu, Presiden Joko Widodo melawat Natuna di atas kapal perang bersama kabinetnya untuk menghantar satu mesej kepada China menunjukkan Jakarta bersikap serius untuk mempertahankan gugusan kepulauannya yang terpencil.

Di samping perkakasan tentera, Indonesia akan menghantar tentera udara khas dan pasukan petugas marin serta batalion tentera ke Natuna, sebaik sahaja berek dan rumah telah pun dibina, kata Ryacudu.

Beliau menegaskan Indonesia tidak menambah kepada kempen penenteraan yang semakin meningkat di Laut China Selatan, dan mencadangkan ia mempunyai hak untuk mempertahankan sempadannya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA