Indonesia kurangkan import lembu dari Australia

Indonesia kurangkan import lembu dari Australia

JAKARTA, 14 Julai (AFP) – Indonesia telah secara mendadak mengurangkan import lembu Australia, seorang pegawai memberitahu hari ini, mencetuskan kebimbangan ketegangan di antara jiran tersebut sekarang melibatkan hubungan perdagangan.

Jakarta akan mengimport sebanyak 50,000 lembu pada suku ketiga, dari Julai ke September, satu pengurangan dari 250,000 pada suku sebelumnya dan 180,000 pada waktu sama tahun lepas, kata Menteri Perdagangan Indonesia.

Indonesia merupakan pasaran terbesar bagi dagangan eksport hidup Australia, yang bernilai kira-kira AS$1 bilion dan menggaji ribuan orang.

Berita tersebut menambah kepada kebimbangan mengenai ikatan di antara jiran tersebut, yang mana telah dilanda dengan hukuman bunuh dua pengedar dadah Australia oleh Jakarta baru-baru ini dan dakwaan Canberra membayar pencari suaka untuk pulang semula ke Indonesia.

“Saya sangat berharap hubungan kami dengan Indonesia dalam tahap politik bukanlah penyebab mendorong pengurangan ini dalam import Indonesia terhadap lembu Australia,” kata Bill Shorten, ketua pembangkang parti Labor Australia.

Indonesia mengurangkan pengambilan import lembu dari Australia.
Indonesia mengurangkan pengambilan import lembu dari Australia.

Menteri Pertanian Barnaby Joyce berkata berita tersebut “mendukacitakan” dan dia berharap akan berjumpa tidak lama lagi dengan menteri-menteri Indonesia untuk menyelesaikan isu tersebut.

Bagaimanapun, Menteri Luar Julie Bishop menegaskan pengurangan import lembu itu adalah “satu isu perdagangan”.

“Kami kekal dalam komunikasi dan saya yakin ia merupakan rundingan perdagangan, ia bukan berhubung kait dengan hubungan Australia-Indonesia secara keseluruhan, yang mana begitu kukuh dan sangat baik,” katanya.

Partogi Pangaribuan, ketua Perdagangan Luar di Kementerian Perdagangan Indonesia, juga menafikan ketegangan baru-baru ini merupakan penyebab keputusan tersebut.

“Kami mengimport 250,000 pada suku kedua dan kami rasa ia sudah mencukupi sehingga Ogos atau September dan bekalan dalam negeri juga mencukupi,” beritahunya kepada AFP.

Di bawah undang-undang Indonesia, lembu hanya boleh diimport jika bekalan dalam negeri tidak mencukupi, katanya, menambah pengambilan mungkin bertambah pada suku keempat. Indonesia telah mendorong secara keras sejak beberapa tahun untuk mencapai pembekalan daging secara sendiri.