Indonesia kurangkan import, pulihkan ekonomi

Indonesia kurangkan import, pulihkan ekonomi

JAKARTA, 28 Okt (Bernama) – Indonesia mahu memperkukuhkan pasaran domestik dan mengurangkan import sebagai langkah memulihkan kelembapan ekonomi republik itu, kata Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.

Katanya strategi memperkuatkan pasaran domestik dapat membantu pemulihan ekonomi berikutan Indonesia mempunyai jumlah penduduk yang besar dan masih mampu mempunyai kuasa beli.

Beliau berkata selain itu kerajaan Indonesia juga akan memperhebatkan projek pertanian sehingga mampu memberi pekerjaan kepada rakyatnya dalam pelbagai lapangan.

“Kita mengurangi barang import, memperbanyakkan projek infrastruktur, membiayai pelbagai belanja pemerintah sehingga daya beli tetap ada, kemudian memperkuat pertanian sehingga import kita dikurangi sampai dua hingga tiga tahun lagi,” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Jusuf berkata misi kerajaan pimpinan Joko Widodo-Jusuf Kalla yang memasuki tempoh setahun itu adalah meningkatkan kesejahteraan, kemakmuran dan kebaikan rakyatnya dalam bidang ekonomi, politik serta keadilan.

ARTIKEL YANG SAMA