Indonesia, Kuwait dihalang mengundi

Indonesia, Kuwait dihalang mengundi

ZURICH, 25 Feb (AFP) – FIFA telah mengesahkan Indonesia dan Kuwait terus dihalang daripada mengundi pada pilihan raya presiden badan itu esok, dalam apa yang boleh menjadi satu tamparan hebat kepada calon terkemuka Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa.

Sheik Salman, kerabat diraja dari Bahrain, mengetuai Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC), yang merangkumi Indonesia dan Kuwait. Syeikh telah dipersetujui oleh jawatankuasa eksekutif AFC dan mengintai undi blok dari benua Asia dalam perlumbaan sengit menentang pencabar utama, Gianni Infantino yang bertindak sebagai pemangku ketua bola sepak Eropah.

Dua pertiga majoriti yang diperlukan untuk menjamin kemenangan pusingan pertama nampaknya tidak mungkin untuk mana-mana calon, bermakna pilihan raya boleh melarat sekurang-kurangnya sehingga ke pusingan kedua.

Hanya majoriti mudah diperlukan untuk menang pusingan kedua. Dengan dua anggotanya digantung, 207 ahli FIFA disahkan layak untuk membuang undi pada kongres di Zurich.

“Berhubung dengan penggantungan ahli persekutuan Indonesia dan Kuwait, jawatankuasa eksekutif mencadangkan kongres luar biasa ditentukan esok di mana kedua-dua kes akan diuruskan dengan Kongres luar biasa di Mexico pada Mei,” kata FIFA dalam kenyataan.

Mana-mana negara boleh menghubungi pada kongres esok bagi perdebatan selanjutnya sama Indonesia atau Kuwait, tetapi ia tidak mungkin akan membawa kepada pengembalian jawatan, menurut sumber bola sepak.

Indonesia digantung dari perlawanan antarabangsa pada Mei selepas kerajaan berusaha untuk menggantikan persekutuan bola sepak negara itu.

Kuwait digantung pada Oktober lalu kerana dakwaan campur tangan kerajaan dalam sukan negara Teluk itu. Dua undian itu akan memainkan peranan penting dalam menentukan presiden baru.

ARTIKEL YANG SAMA