Indonesia laksana hukuman mati bagi perogol kanak-kanak

Indonesia laksana hukuman mati bagi perogol kanak-kanak

JAKARTA, 26 Mei – Indonesia telah menggunakan hukuman mati dan mengembiri kimia sebagai hukuman bagi perogol kanak-kanak di tengah kes-kes penganiayaan seksual yang berleluasa.

Presiden Joko Widodo telah mengeluarkan peraturan semalam yang membenarkan para hakim untuk menghukum pencabul kanak-kanak yang telah disabitkan dengan kesalahan dengan suntikan ubat yang akan mengurangkan nafsu atau dengan mengimplan mikrocip untuk memantau kegiatan mereka selepas menjalani hukuman penjara atau berdepan skuad tembak. Di bawah undang-undang sebelumnya, hukuman maksimum bagi rogol termasuklah bawah umur, ialah hukuman penjara 14 tahun.

“Peraturan itu ialah untuk menangani krisis ekoran jenayah seksual yang meningkat ke atas kanak-kanak,” kata presiden yang mengumumkan bahawa pencabulan ke atas kanak-kanak dikelaskan sebagai ‘jenayah luar biasa; seperti penyalahgunaan dadah dan rasuah, bagaimana parlimen kemudian boleh mengubahnya.

Yasonna menambah kata kanak-kanak yang mencabuli kanak-kanak lain dikecualikan dari hukuman baru ini. Indonesia mentakrifkan kanak-kanak yang seperti yang berusia di bawah 18 tahun . Tuntutan bagi hukuman lebih keras bagi para pesalah seks kanak-kanak telah meningkat bulan ini, ekoran rogol kejam berkumpulan dan pembunuhan seorang remaja perempuan oleh 14 orang lelaki muda di kawasan selatan Pulau Sumatra.

Suruhanjaya Kebangsaan bagi Wanita berkata keganasan seksual ke atas wanita dan kanak-kanak adalah berleluasa di negara keempat di dunia yang paling ramai penduduk. Indonesia menyertai sekumpulan kecil negara yang melaksanakan penggunaan mengembiri kimia, yang termasuklah Poland dan sebilangan negeri-negeri di AS. Pada tahun 2011, Korea Selatan menjadi negara Asia pertama meluluskan hukuman itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA