Indonesia lancar kempen agresif buru lelaki paling dikehendaki

Indonesia lancar kempen agresif buru lelaki paling dikehendaki

JAKARTA, 11 Jan (Reuters) – Pasukan keselamatan Indonesia sedang menyusun semula kempen yang lebih agresif untuk memburu lelaki paling dikehendaki di negara itu selepas usaha untuk mencarinya selama beberapa bulan di pulau Sulawesi gagal, kata polis hari ini.

Presiden Joko Widodo telah menjadikan usaha kempen ini untuk menangkap Santoso sebagai antara keutamaan keselamatan negara itu.

Sebelum ini, beliau telah memberi pasukan keselamatan sehingga 9 Januari untuk menangkapnya.

Santoso, yang merupakan penyokong kuat ISIS, telah melarikan diri sejak tiga tahun lalu tetapi usaha untuk menangkapnya terbukti lebih sukar daripada dijangkakan.

Pasukan keselamatan merancang untuk menambah lagi 500 pegawai polis dan askar untuk memperkukuhkan pasukan sedia ada iaitu 1,600 anggota untuk memburu Santoso.

Para penganalisis berpendapat Santoso boleh menjadi inspirasi kepada militan Indonesia yang pulang ke tanah air dari menyertai ISIS di Timur Tengah.

“Ada operasi baru dipanggil Tinombala yang memberi tumpuan di Poso dan kawasan sekitarnya,” kata Hari Suprapto, jurucakap polis Sulawesi Tengah, yang merujuk kepada daerah di nama Santoso dipercayai berada.

ARTIKEL YANG SAMA