Indonesia lancar operasi padam kebakaran besar-besaran

Indonesia lancar operasi padam kebakaran besar-besaran

JAKARTA, 16 Okt (AFP) – Indonesia melancarkan operasi besar-besarannya hari ini untuk menangani kebakaran yang mengakibatkan jerebu menyelubungi Asia Tenggara, menurut pegawai, bersama puluhan pesawat dan ribuan tentera bergelut memadamkan kebakaran meluas itu.

Sebanyak 32 buah pesawat dan helikopter – termasuk enam pesawat udara dari Singapura, Malaysia dan Australia – telah dikerahkan untuk menyokong lebih 22,000 kakitangan bertugas yang telah memadam kebakaran selama berminggu-minggu.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho mengatakan pasukan udara akan melancarkan pengeboman air dan usaha modifikasi iklim di seluruh enam wilayah yang dilanda teruk di Sumatera dan sebahagian pulau Indonesia di Borneo.

“Ini adalah operasi darurat jerebu yang dilaksanakan oleh kerajaan Indonesia,” menurut jurucakap.

Selama berminggu-minggu, kebakaran haram telah dimulakan untuk penanaman telah menyelubungi Indonesia, Singapura dan Malaysia dalam asbut tajam, memburukkan kualiti udara, menutup sekolah dan memaksa pembatalan kegiatan luar.

Jakarta awal bulan ini bersetuju untuk menerima bantuan antarabangsa selepas berminggu-minggu percubaan gagal untuk memadamkan kebakaran yang menyebabkan negara-negara jiran berang.

Jepun hari ini menyertai beberapa buah negara-negara tersebut menyumbang kepada usaha kecemasan, menderma dua tan bahan rencat nyala ke Indonesia

ARTIKEL YANG SAMA