Indonesia larang polis bermain Pokemon Go

Indonesia larang polis bermain Pokemon Go

JAKARTA, 20 Julai – Indonesia telah mengarahkan polis untuk tidak bermain Pokemon Go ketika dalam tugasan dan tidak lama lagi juga akan mengenakan arahan yang sama kepada anggota tentera, kata pegawai hari ini, ketika menteri pertahanan memberi amaran permainan telefon pintar itu adalah ancaman keselamatan.

Indonesia menyertai kegilaan terhadap permainan itu, yang menjadi hit di seluruh dunia sejak dilancarkan dua minggu lalu dan sudah dipersalahkan bagi beberapa kejadian jenayah, pelanggaran lalu lintas dan aduan di bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Biarpun Pokemon Go belum secara rasminya diperoleh di Indonesia, kebanyakan telah memuat turun secara tidak sah dan dibawa ke jalan–jalan raya untuk memburu “Pokemon”.

Tetapi popularitinya mencetuskan kebimbangan dalam kalangan eselon terbaik, de-ngan pegawai menggambarkan keupayaan berteknologi tinggi akan digunakan dalam pengintipan.

“Pengintipan boleh hadir dalam beberapa bentuk,” kata Menteri Pertahanan, Ryamizard Ryacudu.

Sekumpulan warga Indonesia di bandar Aceh bermain permainan ‘Pokemon Go’. – AFP
Sekumpulan warga Indonesia di bandar Aceh bermain permainan ‘Pokemon Go’. – AFP

“Pada mulanya, ia (Pokemon Go) dilihat comel tetapi lebih lama anda melihat….ia tidak betul.”

Tentera tidak lama lagi akan mengeluarkan arahan pengharaman kesemua anggota dari bermain Pokemon Go ketika waktu bertugas memandangkan ia berusaha untuk melindungi tapak–tapak keselamatan tertinggi, jurucakap tentera, Tatang Sulaiman memberitahu AFP.

Arahan itu akan menyatakan kebimbangan bahawa peranti itu digunakan untuk beraksi permainan yang boleh menghantar data menerusi Internet ke negara lain.

Pengumuman itu dibuat selepas seorang warga Perancis ditahan minggu ini apabila secara tidak sengaja berada dalam kawasan pangkalan tentera di pulau Jawa ketika bermain Pokemon Go.

Pegawai polis di seluruh negara sudah mengarahkan arahan itu semalam yang mengharamkan mereka dari bermain permainan itu ketika bertugas, kata jurucakap.

“Kami berasa bimbang pegawai polis mungkin ketagihan dan kami tidak mahukannya kerana tugasan pegawai polis adalah berkhidmat untuk orang awam. Tugasan itu memerlukan kerja keras dan konsentrasi,” kata jurucakap polis kebangsaan, Boy Rafli Amar. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA