Indonesia letup 39 bot nelayan asing

Indonesia letup 39 bot nelayan asing

JAKARTA, 7 Jan – Kerajaan Indonesia akan menenggelamkan 39 bot asing yang dirampas kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara itu, menurut pegawai hari ini.

Sebanyak 12 bot akan diletupkan dan dikaramkan bulan ini, kata Fuad Himawan, ketua penguatkuasaan di Kementerian Sumber Marin dan Perikanan.

Bot-bot berkenaan telah dirampas daripada kru nelayan Vietnam, Malaysia dan Thailand, katanya lagi. Tahun lepas, Indonesia telah mengaramkan lebih 100 buah bot kerana didapati menangkap ikan secara tidak sah.

Menteri Perikanan, Susi Pudjiastuti telah mengambil pendirian tegas ke atas penangkapan ikan haram, mengatakan dia akan terus meletupkan kapal-kapal yang dioperasikan oleh pemburu asing.

Menurutnya lagi, Indonesia telah mengalami kerugian kira-kira AS$15 bilion setiap tahun akibat penangkapan ikan secara haram itu. – dpa