Indonesia mula projek kereta api laju pertama

Indonesia mula projek kereta api laju pertama

JAKARTA, 21 Jan – Presiden Indonesia Joko Widodo hari ini meletakkan batu asas pada landasan kereta api laju yang pertama di negara itu, menandakan bermulanya projek itu sebagai satu simbol ‘kerjasama besar’ dengan China.

Projek kontroversi bernilai AS$5.6 bilion mencetuskan perang pembidaan hebat antara China dan Jepun ketika kedua-dua penjana Asia itu berebut-rebut hendak membina projek infrastruktur penting di Indonesia dan di seluruh rantau.

Widodo memulakan fasa pembinaan pertama di sebuah perladangan teh di Jawa Barat, di mana salah sebuah stesen di sepanjang landasan itu akan ditempatkan.

“Sampaikan salam saya kepada Presiden China, Xi Jinping,” kata Widodo semasa acara itu, yang dihadiri oleh para pegawai China.

“Ini adalah tanda kerjasama besar antara Indonesia dan China,” tambahnya, menyeru kedua-dua rakan perdagangan itu untuk meneruskan hubungan lebih luas dalam industri lain.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (dua, kiri) bersama pengurus besar China Railway Corp. Sheng Guangzu (tengah) berdiri berhampiran model kereta api semasa menghadiri majlis pecah tanah bagi landasan kere-ta api laju yang pertama Jakarta-Bandung di Walini, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada 21 Januari. - Reuters
Presiden Indonesia, Joko Widodo (dua, kiri) bersama pengurus besar China Railway Corp. Sheng Guangzu (tengah) berdiri berhampiran model kereta api semasa menghadiri majlis pecah tanah bagi landasan kere-ta api laju yang pertama Jakarta-Bandung di Walini, wilayah Jawa Barat, Indonesia pada 21 Januari. – Reuters

Kereta api laju itu (bullet train) secara teorinya akan memecut kira-kira 350km sejam (220 batu sejam) antara bandar Jakarta dan bandar Bandung yang dipinggiri gunung-ganang, kira-kira 160km jauhnya.

Ia adalah projek penting bagi Widodo, yang telah menjamin untuk membaik pulih infrastruktur usang kepulauan itu dalam bidaan untuk menarik para pelabur dan merangsang pertumbuhan dalam ekonomi terbesar Asia Tenggara, yang tahun lepas menurun lima peratus.

Tahun lepas Jakarta meminta kertas cadangan dari para pelabur untuk projek besar itu, dengan China dan Jepun membida bersungguh-sungguh sehinggakan seorang menteri kanan menyamakan Indonesia ibarat perempuan cantik yang dipikat ramai orang.

Selepas proses pembidaan kelam-kabut, China telah diberikan kontrak berkenaan – membuat Jepun berang, yang dijangka lama untuk membina landasan dengan kepakaran landasan kereta api laju.

Indonesia kekurangan sistem pengangkutan besar-besaran, memaksa 250 juta penduduknya bergantung ke atas pengangkutan swasta, mengakibatkan lalu lintas sering mengalami kesesakan di bandar-bandar besar.

Widodo mengatakan dia berharap landasan kereta api laju itu akan memacu desakan bagi alternatif pengangkutan awam masa depan di beberapa bahagian Indonesia, serta mempercepatkan pergerakan orang ramai dan barangan antara bandar-bandar, membantu pertumbuhan ekonomi.

Pembinaan landasan itu dijangka akan siap menjelang 2018, dan ia sepatutnya akan beroperasi pada tahun berikutnya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA